Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

141) MASJID

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah kelancaran mesyuarat agung dan proses pencalonan ahli jawatankuasa masjid secara umumnya di seluruh negeri Selangor?

  2. Apakah perancangan yang dilakukan untuk mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau?

  3. Apakah dasar kerajaan negeri terhadap bangunan-bangunan rumah kedai yang di gunakan sebagai tempat beribadat?

142) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah syarikat konsesi berkenaan sehingga Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh ingin menstrukturkan semula industri perkhidmatan air di Selangor?

  2. Adakah dengan penstrukturan semula dan kerajaan negeri mengambil alih konsesi syarikat ini akan menjamin rakyat Selangor akan menikmati harga air lebih rendah sehingga 50% atau 30% daripada harga sekarang?

  3. Adakah kesungguhan kerajaan sekarang untuk mengambil alih atau menstrukturkan semula konsesi air di Selangor mempunyai muslihat atau berdasarkan sentimen dan prasangka orang tertentu?

143) KELEMBAPAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Selangor bagi membantu ibu bapa yang terpaksa menanggung kos yang tinggi bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang berada di bawah Pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor

  2. Adakah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor, mengambil berat perkara ini dapat dikecualikan daripada membayar yuran dan menyediakan buku teks percuma kepada pelajar

  3. Di maklumkan bahawa ramai ibu bapa luar Bandar tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah kerana kos yang tinggi. Bolehkah memberi statistik jumlah anak-anak yang bersekolah dan dengan anak-anak yang tidak bersekolah.

144) CUKAI TANAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah cukai tanah yang telah dikutip bagi tempoh sejak Pakatan Rakyat mengambil alih sejak Mac 2008?

  2. Apakah bentuk usaha dan tindakan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri agar semua pemilik tanah membayar cukai tunggakan mereka?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil kutipan cukai pada masa akan datang?

145) KONTRAKTOR DAN PEMBEKAL KERAJAAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Secara puratanya, apakah peratusan pekerja tempatan dan pekerja asing yang kini bekerja dengan syarikat kontraktor dan pembekal rasmi Kerajaan Negeri Selangor

146) JALAN-JALAN KAMPUNG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan tanggungjawab menyelenggarakan jalan-jalan kampung yang terdapat di Negeri Selangor?

  2. Jika ya, berapakah jumlah peruntukan kewangan untuk penyelenggaraan tersebut yang disediakan dalam tahun 2008 mengikut kampung dan daerah?

147) PERLAKSANAAN MANIFESTO PILIHANRAYA UMUM KE 12 KERAJAAN BARISAN ALTERNATIF

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah perkara yang terkandung dalam manifesto tersebut telah dilaksanakan sehingga kini?

148) SISTEM BEKALAN AIR DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peratusan rakyat di Selangor yang masih belum menikmati air percuma 20 m3?

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan penukaran ÒbulkÓ meter kepada meter individu bagi mereka yang menduduki pangsapuripangsapuri?

  3. Dalam perlaksanaan penukaran meter tersebut, apakah masalah-masalah yang dihadapi dan apakah cara-cara untuk mengatasinya?

149) PROGRAM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sejak program Mesra Usia Emas dilancarkan berapa ramaikah yang telah mendaftar untuk skim ini?

  2. Berapa ramaikah orang yang telah menerima manfaat program Mesra Usia Emas ini dan berapa kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?

  3. Apakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri untuk meluaskan skim ini kepada golongan lain?

150) KOS PENYELENGGARAAN KERETA-KERETA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kos penyelenggaraan kereta-kereta Kerajaan Negeri dari tahun 2004 hingga 2007. Dan syarikat manakah yang mendapat kontrak penyelenggaraan tersebut?