Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

161) MANIFESTO KERAJAAN BERKEBAJIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Di dalam manifesto kerajaan berkebajikan telah di nyatakan akan diberi RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Di dalam manifesto kerajaan berkebajikan juga telah di nyatakan akan diberi RM 50.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pra-sekolah. Nyatakan bilakah akan dilaksanakan ?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang akan di belanjakan?

  3. Siapa kumpulan sasar yang layak menerima bantuan tersebut ?

162) KEMISKINAN BANDAR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Demi menjayakan visi Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, segala program pembasmian kemiskinan harus capai pada kumpulan sasaran yang betul. Kumpulan sasaran hanya dapat dikenal pasti jika Kerajaan Negeri mempunyai maklumat jitu mengenai kadar kemiskinan dan lokasi warga berpendapatan rendah. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengumpul data yang jitu ,agar tidak berlakunya pertindihan dan perlaksanaan kerja berulang kali oleh bahagian-bahagian yang berlainan dalam Kerajaan Negeri apabila mengimplementasikan aktiviti mereka

  2. Data yang diperolehi oleh Pihak Berkuasa Tempatan semasa menyelaraskan permohonan perumahan rakyat (PPR),adalah amat penting memberikan gambaran sebenar bilangan keluarga miskin bandar. Apakah langkah Kerajaan untuk mengunakan data yang sedia ada ini untuk terus menyalurkan bantuan kebajikan Kerajaan Negeri,tanpa mengulang proses pengumpulan data

163) PEMODENAN PERTANIAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan ataupun langkah yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam memodenkan pertanian di negeri Selangor?

  2. Sila berikan statistik yang menunjukkan bahawa proses pemodenan pertanian sedang giat berkembang.

164) MENGHADAPI KRISIS EKONOMI – PEMBANGUNAN USAHAWAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi ekonomi global khususnya dalam pembangunan usahawan?

  2. Apakah bentuk-bentuk bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada usahawan yang ingin memulakan sesuatu perniagaan?

  3. Apakah insentif yang boleh ditawarkan kepada peniaga dan pengilang yang sedang menghadapi masalah berikutan kegawatan ekonomi ini?

165) KONTRAKTOR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah jumlah usahawan kontraktor yang berdaftar di Negeri Selangor sehingga Disember 2008 mengikut kelas ?

  2. Berapakah jumlah nilai projek yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri (Pejabat Daerah, PBT dan agensi-agensi Kerajaan Negeri) kepada Kontraktor kelas F dari bulan April hingga Disember 2008?

  3. Apakah langkah-langkah drastik yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan usahawan tersebut khususnya kontraktor kelas F memandangkan ianya seratus peratus adalah bumiputera?

166) MASALAH WABAK DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Selayang untuk mengawal wabak ini.

  2. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk mengambil tindakan mengenai wabak denggi di Selangor

  3. Apakah jumlah kes di Selangor dan pecahan mengikut daerah dan berapa kematian setakat ini di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah.

167) PROJEK USAHASAMA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap masalah yang berlaku dalam projek-projek usaha sama dengan pihak swasta terutama yang melibatkan soal hak milik hartanah yang tidak dapat ditukar milik daripada pihak pemaju kepada pembeli.

168) KUMPULAN WANG TABUNG WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilakah Tabung Kumpulan Wang Warisan Negeri Selangor diwujudkan dan apakah matlamat utama penubuhan tabung tersebut

  2. Sila kemukakan butiran terperinci jumlah baki wang tabung tersebut sehingga tahun 2008, dan nyatakan jumlah baki secara bandingan dengan tahun 2007

  3. Sila berikan butir-butir terkini mengenai hasil pendapatan dan pelaburan tabung tersebut sehingga tahun 2008.

169) PERANCANGAN MENGAMBIL ALIH PENGURUSAN AIR DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Setakat manakah rancangan ini dilakukan?

  2. Pada jangkaan apakah pengurusan air oleh Kerajaan Negeri Selangor lebih baik dan lancar berbanding dengan pengurusan swasta sekarang?

  3. Apakah kebaikan bagi rakyat apabila syarikat-syarikat urus air diambil alih dan di tadbir oleh Kerajaan Negeri?

170) PELABURAN ASING DAN PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak pelaburan asing telah melabur di Negeri Selangor pada tahun 2008 dan tahun 2009?

  2. Berapa banyak bilangan pekerjaan baru telah diwujudkan?

  3. Berapakah peratus bekas graduan telah berjaya mendapat peluang pekerjaan?