Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

171) PELANCONGAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan destinasi pelancongan yang telah digazetkan di seluruh negeri Selangor dan keunikannya

  2. Berapakah jumlah pendapatan negeri daripada sektor pelancongan dan perincian mengikut jenis-jenis pelancongan

172) IBU TUNGGAL

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Setakat ini, apakah rancangan yang telah dilancarkan untuk membantu ibu tunggal di negeri Selangor? Huraikan

  2. Apakah program yang akan dilancarkan dalam masa yang terdekat untuk ibu tunggal? Sila kaitkan program tersebut dengan kegawatan ekonomi yang melanda kini.

  3. Saya dapati bahawa informasi mengenai ibu tunggal tidak dapat disampaikan kesegenap lapisan masyarakat. Apakah pendekatan yang akan digunakan oleh pihak kerajaan negeri untuk memastikan informasi berkenaan dapat disebarkan?

173) MASJID WARISAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Terdapat sebuah masjid antara tertua di Selangor, di Kampung Sungai Ramal Luar, Kajang di Daerah Hulu Langat dikenali sebagai Masjid Mat Saman. Masjid ini berusia lebih dari 80 tahun (didirikan 1929). Penduduk berbelah bahagi antara mengekalkan Masjid lama atau meroboh dan mendirikan bangunan masjid yang baru. Tidakkah wajar masjid ini dikekal dan diiktiraf sebagai bangunan khazanah warisan?

  2. Jika demikian apakah rancangan pemuliharaan sewajarnya dilakukan

  3. Apakah sumber-sumber kewangan dapat dimanfaatkan bagi memulihara bangunan (masjid) warisan ini?

174) KRISIS EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Dalam kelembapan ekonomi dunia, apakah kerajaan mengadakan pakej rangsangan ekonomi untuk kepentingan rakyat.

175) PENUTUPAN KILANG-KILANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kilang yang telah ditutup dan kilang yang akan di tutup?

  2. Berapakah jumlah pekerja yang akan kehilangan pekerjaan?

  3. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menghadapi situasi ini?

176) PROJEK PERUMAHAN SEPARUH SIAP / TERBENGKALAI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah terdapat langkah pemulihan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah projek perumahan separuh siap dan membebankan pembeli?

  2. Apakah terdapat usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pembeli-pembeli yang terlibat di dalam permasalahan dan jalan keluar meringankan kadar faedah bank mereka ?

  3. Bilakah pemaju dan pengarah ini akan di senarai hitamkan supaya mereka sedar diri kerana kerap kali membatalkan pembinaan rumah sedangkan pembeli telah diberi pinjaman oleh bank ?

177) BAS UNTUK PBT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah status bas yang telah dijanjikan untuk diberikan kepada MPSJ untuk kegunaan orang ramai pada tahun lepas?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah jumlah bas ini memandangkan satu unit bas tidak mencukupi untuk kawasan pentadbiran MPSJ? Jika ya, nyatakan butir-butir.

178) TAMAN WARISAN, RANCANGAN BUKU HIJAU DAN TANAH RANCANGAN RANJAU & DEBOI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah Taman Warisan, di manakah lokasi-lokasinya di negeri Selangor, di bawah agensi manakah pentadbirannya dan apakah nombornombor gazet sekiranya lokasi-lokasi tersebut telah digazet

  2. Sila jelaskan status dan kedudukan Rancangan Buku Hijau di mana penduduk-penduduk Kampong Klang Gate Baru telah dibenarkan meneroka tanah kerajaan satu ekar seorang sejak tahun 1976.

  3. Sila nyatakan status pertanian secara berkelompok di kawasan Ranjau dalam mukim Setapak dan Deboi dalam mukim Hulu Kelang dalam konteks pemberian geran kepada sebahagian peneroka dan juga dalam konteks penafian geran kepada sebahagian peneroka yang lain di atas alasan telah digazet sebagai Taman Warisan.

179) PANTAI MORIB

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak 280 ribu yang dilaksanakan melalui Majlis Daerah Kuala Langat untuk penambahan Landskap Pantai Morib. Adakah kerajaan sedar projek itu dari peruntukkan persekutuan dan memantaunya?

  2. Apakah kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan adakah ianya mengikut nilai peruntukan tersebut?

  3. Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengembalikan kebersihan, keceriaan, keselesaan gerai dan kemudahan awam di pantai tersebut yang kotor dan uzur?

180) PELUANG PERTANIAN SEMASA KRISIS EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak tanah terbiar sebagai kawasan pertanian agar menggalakkan para penganggur untuk memulakan kegiatan perniagaan demi menawarkan suatu sumber pendapatan kepada yang kehilangan kerja pada masa yang sama mengembangkan bekalan stok makanan tempatan?