Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

181) TINDAKAN RANGSANGAN EKONOMI UNTUK NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Pakej rangsangan ekonomi Kerajaan Pusat melalui saluran Value cap dan sebagainya, nampaknya belum ada kesan pada rakyat. Bolehkah kerajaan Negeri Selangor mengadakan pakej rangsangan ekonomi sendiri untuk compliment langkah kerajaan pusat yang kurang kesan itu?

  2. Tentang pakej rangsangan Negeri Selangor, apakah agensi/saluran yang patut dipergunakan supaya berkesan dan bertelusan dan yang patut dipantau dengan baik?

  3. Bolehkah ADUN-ADUN mainkan peranan di peringkat ini?

182) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah masalah sampah ini tidak dapat diselesaikan hingga kini

  2. Apakah kaedah pelupusan sampah yang sedang dilakukan?

  3. Apakah ada perancangan untuk dilantik syarikat yang baru bagi mengurus sisa pepejal di Selangor?

183) MEMPERKASAKAN GOLONGAN BELIA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Apakah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pertubuhan belia, selain usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat?

  2. Selangor adalah negeri maju. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk golongan belia supaya mereka tidak terpinggir dan tertinggal oleh arus kemajuan itu?

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam waktu terdekat ini untuk golongan dan pertubuhan belia? Apa pula perancangan jangka panjangnya?

184) PENSTRUKTURAN JAWATANKUASA MASJID DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Mulai Februari 2009 Majlis Agama Islam mula menstrukturkan semula jawatankuasa masjid di negeri Selangor. Pihak masjid mengehendaki mengadakan mesyuarat memilih jawatankuasa, khususnya Nazir bagi mentadbir masjid-masjid tersebut. Mengapakah tiada penyeragaman sistem pengundian untuk memilih jawatankuasa antara masjid-masjid di Selangor?

  2. Mengapa pengiraan undian tidak dilakukan di tempat mesyuarat tetapi undian dikira di Pejabat Agama Islam di Shah Alam?

  3. Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan pemilihan jawatankuasa masjid yang telah dijalankan?

185) KONSESI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah pemantauan yang dibuat terhadap prestasi syarikat pemegang konsesi dengan Kerajaan Negeri.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula tempoh konsesi yang diberi dengan memendekkan tempoh konsesi tersebut agar ianya dapat dipantau dengan lebih berkesan dengan menetapkan KPI yang sewajarnya

  3. Sila senaraikan syarikat-syarikat pemegang konsesi tersebut.

186) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan warga emas menurut DUN yang telah didaftarkan dalam skim ini?

  2. Berapakah bilangan warga emas menurut DUN yang telah meninggal dunia sejak skim bermula sehingga akhir Januari 2009?

  3. Apakah program serta bilakah ahli yang berdaftar di bawah skim ini boleh menikmati sumbangan dari skim ini semasa hayat mereka?

187) HAKMILIK KEKAL KEPADA PENDUDUK-PENDUDUK KAMPUNG BARU CINA & TERSUSUN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengikut jejak langkah Kerajaan Negeri Perak dalam memberikan hak milik kekal kepada semua pendudukpenduduk Kampung Baru Cina dan Kampung Tersusun?

  2. Berapakah jumlah Kampung Baru Cina dan Kampung Tersusun yang masih wujud di Negeri Selangor?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai rancangan untuk membentuk suatu perkampungan khas bagi orang-orang India yang telah diusir dari ladang-ladang yang terpaksa dibangunkan?

188) TINDAKAN NEGERI SELANGOR MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Apakah pelan dan perancangan serta tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat negeri ini / pekerja-pekerja yang di berhentikan kerja dan galakan atau insentif kepada industri-industri di negeri ini

  2. Berapakah pelaburan baru di bawah pemerintah Kerajaan PR telah membawa ke Negeri Selangor?

  3. Berapa jumlah nilai pelaburan?

189) PUSAT SEHENTI KRISIS (OSCC)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Pusat Sehenti Krisis sudah pernah dilancarkan sebelum ini oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Mengapakah perlu dilancarkan sekali lagi di Selangor?

  2. Selepas Pusat Sehenti ini dilancarkan bagaimanakah sambutan orang ramai terhadapnya dari bilangan kes yang dirujuk?

190) PEMBANGUNAN ÒTRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENTÓ

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah Transit-Oriented Development (TOD) akan diterap ke dalam dan disyaratkan dalam dasar pembangunan bandar dan desa di Selangor?

  2. Jika ya, bagaimanakah ianya akan diterap dan apakah contoh-contoh terbaru yang telah dan akan dilaksanakan di Selangor?