Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

191) PELANCONGAN ILMU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sebagai `Bangi Bandar Ilmu` apakah rancangan kerajaan negeri mempromosikan Bangi Bandar Ilmu

  2. Tidakkah wajar `Bangi Bandar Ilmu` dijadikan destinasi pelancongan terutama Pelancongan Ilmu

  3. Bilakah janji PKNS mahu mewujudkan `Books mall` dan Dewan Persidangan dapat diadakan?

192) SETINGGAN DAN KUIL HARAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan tanah-tanah Kerajaan Negeri Selangor tidak dicerobohi setinggan-setinggan baru dan dibina kuil-kuil haram

  2. Sejauh manakah bancian dan kajian yang telah dibuat mengenai wujudnya setinggan-setinggan berkenaan dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor ?

193) JUMLAH PELABURAN DI NEGERI SELANGOR SEJAK MAC 2007 HINGGA SEKARANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan domestik dan asing yang berjaya diperoleh oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh bulan Mac 2007 hingga kini?

  2. Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan bagi tempoh yang sama?

  3. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menarik pelaburan domestik dan asing ke Negeri Selangor?

194) TANAH MILIK KERAJAAN YANG DITEROKA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu peneroka tanah terbabit yang nama mereka bertindih sehingga beberapa nama?

  2. Huraikan kategori apakah yang diguna pakai dan di teliti sebelum hak pemilikan di serahkan kepada peneroka tanah kerajaan ini?

  3. Jelaskan alasan kerajaan negeri terdahulu yang memberi hak milik tanah kepada orang luar dan tidak pada peneroka atau penduduk kampung berhampiran yang menetap puluhan tahun di sekitar kawasan itu serta mengusahakannya?

195) PASAR MALAM DAN PASAR TANI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar atau garis panduan yang digunakan dalam pengendalian pasar malam atau pasar tani dan sebagainya?

  2. Berapakah jumlah pendapatan Negeri daripada aktiviti pasar malam atau pasar tani pada tahun 2007?

  3. Apakah rancangan untuk mengatasi masalah yang diakibatkan oleh pasar malam dan pasar tani?

196) BEKALAN AIR PERCUMA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk meningkatkan pemberian jumlah isi padu air percuma bagi pengguna bermeter individu dalam masa terdekat?

  2. Bilakah sasaran dan apakah program-program bagi migrasi sepenuhnya daripada meter pukal ke meter individu bagi pemilik-pemilik rumah berstrata di seluruh Negeri Selangor?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memberi manfaat nilai bekalan air percuma bagi pemilik rumah berstrata yang telah bersetuju untuk migrasi dari meter pukal ke meter individu tetapi masih terhalang pelaksanaannya disebabkan masalah-masalah teknikal?

197) PEMINDAHAN LADANG TERNAKAN AYAM DI DESA COALFIELD

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sejak perumahan di Taman Saujana Utama dan Desa Coalfield di buka beberapa tahun lalu, ladang ternakan ayam yang sudah lama wujud di kawasan berkenaan telah menimbulkan bantahan penduduk akibat pencemaran bau yang kurang menyenangkan. Kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memindahkan ladang ternakan ayam berkenaan ke Jeram. Bilakah pemindahan itu akan dilaksanakan dan di manakah ladang ternakan baru itu ditempatkan?

  2. Adakah tempat ladang ternakan ayam yang baru itu nanti bersesuaian dan tidak akan menimbulkan masalah dan bantahan kepada penduduk sekitarnya sedangkan kawasan Jeram juga sudah sarat dengan masalah pencemaran bau?

  3. Sila senaraikan ladang-ladang ternakan bermasalah lain yang sedia untuk dipindahkan dan lokasi penempatan baru di daerah Kuala Selangor?

198) KADAR PENGANGGURAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah jangkaan kadar pengangguran yang akan berlaku di negeri Selangor pada tahun ini?

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah ini.?

  3. Apakah sektor-sektor yang bakal ditimpa tamparan hebat ini?

199) HAK ORANG ASLI DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan penempatan orang asli yang masih wujud di Negeri Selangor

  2. Adakah apa jua projek pembangunan yang telah dirancang di penempatanpenempatan tersebut dan apakah kesannya terhadap komuniti orang asli ini?

  3. Daripada jumlah peruntukan kebajikan orang asli, berapa peratus daripada peruntukan ini digunakan untuk perbelanjaan pentadbiran dan berapa peratus digunakan untuk pembangunan sosial orang asli?

200) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan dari warga Malaysia dan warga asing yang disalurkan ke negeri Selangor sejak tahun 2008?

  2. Sila nyatakan perangkaan mengikut negara-negara yang melabur di Selangor dalam angka peratusan dan bidang-bidang yang berkaitan?

  3. Apakah anggaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan berikutan dengan pelaburan-pelaburan berkenaan?