Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

201) KERESAHAN RAKYAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Baru - baru ini negara berdepan dengan isu yang mencemarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu sehingga DYMM Tuanku Sultan Selangor menitahkan kegusaran dan dukacita Baginda terhadap insiden-insiden yang berlaku. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ini yang menimbulkan keresahan rakyat berbilang kaum.

202) RUMAH KONGSI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan berlakunya kes-kes jenayah di sekitar kediaman penduduk yang berhampiran dengan kawasan pembangunan yang sering dikaitkan dengan rumah kongsi.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina satu pusat penempatan kongsi yang lebih selamat dan teratur sebagai syarat kepada pemaju bagi mengurangkan berlakunya kes-kes jenayah yang tidak diingini berlaku dan juga bagi menjaga soal ketenteraman penghuni di sekitar kawasan pembangunan terbabit

203) KESESAKAN JALANRAYA DI BANDAR KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Bilakah pembinaan jejambat di Klang dapat disiapkan?

  2. Apakah langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya tersebut?

  3. Adakah kerajaan akan membuat perancangan semula ke atas jalan raya di Bandar Klang?

204) MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah peranan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) dan adakah majlis ini masih berfungsi sebagai badan pelaksana pelancongan untuk Kerajaan Negeri? Ulaskan

  2. Siapakah ahli jawatankuasa untuk MTPN dan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masingmasing untuk melaksanakan program pelancongan sejak tahun 2004?

  3. Berapakah jumlah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2009 untuk membantu membangunkan sektor pelancongan Negeri Selangor dan melalui badan manakah wang ini disalurkan?

205) PELABURAN ASING (MENGENALPASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut Negara di negeri Selangor

  2. Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan-pelaburan asing ini.

  3. Bagaimanakah strategi dan peranan Kerajaan Negeri bagi memberi manfaat terus pelaburan asing kepada rakyat negeri Selangor dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan

206) PERLANTIKAN PENGURUS BESAR PKNS

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Selangor melantik Pn Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS pada bulan November 2008 dan tempoh lantik adalah sepanjang 1 tahun. Mengapa tempoh lantikan Pn Low Siew Moi dipendekkan kepada 3 bulan sahaja?

  2. Adakah Pn. Low Siew Moi tidak berkelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan pemangku Pengurus Besar PKNS?

  3. Apakah justifikasinya atau syarat-syarat pelantikan seseorang Pengurus Besar PKNS?

207) KERETA RASMI EXCO

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah bilangan dan kos sebenar pembelian kereta Toyota Camry oleh Kerajaan Negeri untuk kegunaan rasmi?

  2. Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri semasa dalam proses pembelian kereta tersebut?

  3. Sila perjelaskan kenapa terdapat desas-desus khususnya dari pihak pembangkang yang menuduh pihak Kerajaan Negeri tidak telus dan tidak mematuhi peraturan dalam proses pembelian kereta Toyota Camry

208) PINJAMAN PERUMAHAN WARGA PEKERJA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan prihatin Pakatan Rakyat harus bertindak pro aktif dengan mengadakan perbincangan dengan bank-bank agar tempoh bayaran balik ansuran perumahan mereka yang terbabit dipanjangkan atau dirombak semula agar rumah mereka tidak dilelong. Jika pihak bank mampu 'restructure loan' untuk pihak korporat, maka pihak bank juga harus mempunyai kewajipan sosial untuk membantu warga pekerja dalam keadaan krisis ekonomi ini. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini?

209) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil kajian pilihan raya kerajaan tempatan yang telah dijalankan di negeri Selangor?

  2. Nyatakan halangan yang perlu diatasi untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan dan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasinya?

210) SEKTOR EKONOMI (DUN TG SEPAT)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri telah merancang untuk membuka Pusat Pertumbuhan Ekonomi terutamanya bagi Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Industri Asas Tani di DUN ini?

  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri ada perancangan untuk membuka kawasan industri perkilangan di DUN ini bagi membantu masyarakat setempat di dalam pekerjaan?

  3. Bagi meningkatkan ekonomi petani-petani dan nelayan, apakah usaha kerajaan di dalam meningkatkan taraf kehidupan mereka?