Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

211) MASALAH KERJA PENYELENGGARAAN MAJLIS

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Rakyat memaklumkan tiada penyelenggaraan longkang-longkang, di kawasan Taman Perumahan, kampung-kampung yang berada di kawasan Majlis, lampu jalan yang gelap di kawasan taman-taman perumahan Kg Air Panas dan Kg Pasir Kerling. Keadaan ini menyebabkan longkang-longkang yang tersumbat menjadi pembiakan nyamuk aedes, lampu jalan yang gelap di waktu malam membahayakan keselamatan penduduk. Apakah tindakan Kerajaan Negeri mengatasi masalah tersebut?

  2. Berapakah kos atau bajet yang di sediakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa banyak kontraktor yang telah di lantik bagi menjalankan penyelenggaraan?

  3. Bolehkah senarai pemborong penyelenggaraan diumumkan kepada rakyat supaya dapat dipantau oleh penduduk?

212) PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK OLEH TNB

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri bagi mewujudkan satu kerjasama yang lebih berkesan di antara TNB dan PBT dalam isu pemotongan bekalan elektrik terutama di jalan-jalan utama berhampiran kawasan kediaman penduduk.

213) PENGAMBILAN TANAH-TANAH DAN NASIB PARA PEKERJA DI LADANG ATAU ESTATE

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pengambilan tanah-tanah ladang atau estet oleh pemaju-pemaju swasta?

  2. Adakah tuan-tuan tanah dan ladang yang menyebabkan para pekerja ladang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan mereka akibat kemajuan memberi bayaran ganti rugi bagi pembelian rumah untuk para pekerja ladang tersebut?

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi tindakan beberapa tuan punya ladang yang menyebabkan pekerja-pekerja mereka menjadi setinggan dan sebagainya selepas mereka menjual ladang kepada pihak pemaju perumahan ini?

214) TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah perkembangan terbaru terhadap siasatan yang dijalankan terhadap kes tanah runtuh Bukit Antarabangsa?

  2. Adakah kerajaan Selangor akan mengekalkan larangan membangun kawasan bukit memandangkan terdapat cadangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan larangan ini?

215) PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT KERAJAAN NEGERI DI KAWASAN PEMBANGKANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Pusat Khidmat Masyarakat yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri (menggunakan lambang Kerajaan Negeri) di kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang?

  2. Berapakah jumlah kos yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tahun lalu untuk membiayai pengurusan Pusat Khidmat Masyarakat Berkenaan termasuk petugas-petugasnya?

  3. Berapakah pula jumlah yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pengurusan pusat berkenaan pada tahun ini?

216) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini Kerajaan Negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional Kerajaan Negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?

  3. Adakah Kerajaan Negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden

217) BANTUAN KEPADA MANGSA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Dalam sidang Dewan yang lalu, telah diusulkan dan diterima bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah akta yang zalim dan mesti dimansuhkan. Terakhir, seorang anak tahanan telah meninggal dan tidak berkesempatan menemui bapanya sehingga menghembuskan nafas yang terakhir. Apakah bantuan yang telah diberikan kepada keluarga malang tersebut dan yang senasib dengannya serta bantuan jangka panjang yang akan diberikan?

  2. Berapakah bilangan keluarga dan ahli-ahli keluarga mangsa ISA yang tinggal di Selangor? Apakah lingkungan umur anak-anak mereka, pendapatan keluarga- keluarga ini?

218) PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN DAN AGAMA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kebudayaan Negeri Selangor dalam mempertingkatkan penghayatan rakyat terhadap kepelbagaian kebudayaan masyarakat kita?

  2. Apakah dasar Kerajaan dalam memperuntukkan tanah dan bajet untuk pembinaan tempat-tempat beribadah dan juga tanah perkuburan?

  3. Apakah insentif yang diperuntukkan untuk institusi atau badan kebudayaan di Negeri Selangor?

219) PROGRAM-PROGRAM MERANGSANGKAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program merangsang ekonomi yang dirancang dan sedang dijalankan?

  2. Berapakah jumlah wang yang diperuntukkan untuk tujuan perangsangan ekonomi mengikut bidang dan sektor yang dikenal pasti?

220) PERUNTUKAN DUN SG. PELEK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah wang peruntukkan telah diluluskan kepada DUN Sg. Pelek pada tahun 2008?

  2. Wang peruntukan digunakan untuk tujuan dan program apa dan berikan jawapan secara detail

  3. Tahun 2009 berapa jumlah wang akan diluluskan untuk DUN Sg. Pelek?