Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

221) SEKTOR KESIHATAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Situasi denggi dan chikugunya sangat di katakan sangat membimbangkan. Apakah status kedua-dua penyakit ini di Negeri Selangor?

  2. Berikan statistik kedua-dua penyakit ini termasuk jumlah kematian sekiranya ada

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

222) MENTERI BESAR DAN EXCO TELAH MENGISYTIHARKAN HARTA MEREKA PADA TAHUN 2008. APAKAH DASAR-DASAR DEMI MEMBASMI GEJALA RASUAH DI KALANGAN KAKITANGAN KERAJAAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bersedia melaksanakan dasar supaya semua kakitangan kerajaan peringkat tinggi seperti Pegawai Daerah, YDP Majlis dan pengarahpengarah untuk setiap Jabatan mengisytiharkan harta mereka demi memastikan mereka tidak terlibat dalam gejala rasuah?

  2. Adakah kerajaan akan mengehadkan jumlah tunai yang boleh dibawa oleh pegawai penguat kuasa semasa menjalankan tugas? Kalau tidak sila nyatakan alasannya?

  3. Bagaimanakah kerajaan boleh mengelakkan kakitangan kerajaan daripada terlibat dalam kegiatan rasuah?

223) KAMPUNG ORANG ASLI DI BUKIT KOMANDOL DUN TELUK DATUK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Difahamkan bahawa, kerajaan telah membina banglo-banglo dan juga akan membayar wang pampasan sebanyak RM 100,000 hingga RM 300,000 untuk setiap keluarga orang asli di Bukit Komandol. Mereka telah menyalahgunakan wang pampasan yang belum diterima ini untuk membeli minuman keras dan dadah secara kredit. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

  2. Kebanyakan daripada mereka tidak bekerja, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

  3. Sebahagian besar kanak-kanak orang asli ini tidak dihantar ke sekolah. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan?

224) PERUNTUKAN JKKK

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang diberikan kepada setiap JKKK di negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme pemberian peruntukan tersebut?

  2. Apakah garis panduan untuk menggunakan peruntukan tersebut agar peruntukan berkenaan digunakan dengan sebaiknya?

  3. Apakah jumlah peruntukan untuk pembangunan kampung cina dalam tahun 2009 mengikut daerah?

225) PENURUNAN CUKAI PINTU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri di bawah PR hendak menurunkan cukai pintu, rakyat amat berharap ianya dapat diturunkan, ianya dapat meringankan bebanan kehidupan rakyat sekarang dalam keadaan ekonomi yang lembap ini?

226) INFRASTRUKTUR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan permintaan untuk menaik taraf tebing longkang Parit 6 yang bersebelahan dengan Taman Sri Sekinchan masih tidak diluluskan?

  2. Bilakah pihak Kerajaan akan meluluskan permohonan kerja-kerja menaik taraf Jalan Pantai Sekinchan yang sepanjang lebih kurang 800 meter?

227) KEBAJIKAN PEKERJA YANG DIBUANG KERJA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menangani isu kehilangan kerja rakyat Selangor

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor merancang untuk menubuhkan suatu tabung khas bantuan pekerja di mana para majikan dan pekerja membuat caruman bulanan. Jumlah caruman ini boleh digunakan untuk membantu pekerja apabila suatu kilang terpaksa ditutup akibat kemerosotan

228) TEMPAT IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Semenjak 8 Mac 2008 sehingga kini, berapakah tanah ibadat bukan Islam yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri?

  2. Nyatakan sebab mengapa permohonan tanah mereka tidak pernah diluluskan selama ini oleh Kerajaan Negeri yang lalu.

229) PENGAMBILAN KONSENSI AIR DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keseluruhan kos yang perlu di belanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi pengambilalihan tersebut?

  2. Apakah jaminan Kerajaan Negeri tiada kenaikan kos air setelah pengambilalihan dan tidak merugikan wang rakyat berhubung pengambilalihan?

  3. Apakah jaminan Kerajaan Negeri kualiti perkhidmatan dan kualiti air bersih kepada pengguna?

230) PERMOHONAN LESEN MENDUDUKI SEMENTARA (TOL)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses permohonan TOL yang dilihat terlalu banyak kerenah birokrasi.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan satu Óexpress laneÓ untuk tujuan permohonan TOL oleh PBT seperti contoh untuk pembinaan tapak billboard dan ianya dikecualikan daripada penilaian teknikal oleh agensi seperti TNB, JPS dan sebagainya kerana PBT sendiri yang akan bertanggungjawab tentang tapak tersebut. Ini sesuai bagi merealisasikan objektif dasar Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan dan menambah punca pendapatan PBT dengan lebih cepat dan berkesan