Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

231) MENGATASI PENCEMARAN DI SUNGAI KLANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah sehingga ke hari ini Sungai Klang masih menjadi suatu sungai yang sangat dicemari oleh alam sekitar serta ianya amat memalukan bagi warga Negeri Selangor amnya?

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memulihara kebersihan Sungai Klang yang menjadi nadi dan imej kepada Negeri Selangor ini agar senantiasa bersih dan cantik dipandang?

  3. Adakah kerajaan Negeri Selangor mempunyai apa-apa cadangan dan langkah-langkah untuk membangunkan Sungai Klang sebagai satu sistem pengangkutan yang moden seperti perkhidmatan Feri dari Klang ke Kuala Lumpur bagi mengatasi kesesakan jalan raya terutamanya di Lebuh raya Persekutuan di samping itu ianya dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Selangor ini?

232) MASALAH RUMAH KOS RENDAH ORANG MISKIN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai peruntukan untuk membaiki rumah pangsapuri kos rendah orang miskin yang bocor memandangkan terdapat rumah-rumah berkualiti rendah mengalami kerosakan serius setelah tamatnya liability defect period?

  2. Jika ada, bagaimana ianya dapat dilakukan dan jika tidak, mengapa?

233) PERMASALAHAN PENGANGKUTAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Apakah cadangan Kerajaan Negeri tentang permasalahan kesesakan jalan raya terutama di kawasan bandar seperti Petaling Jaya?

  2. Bilakah dapat dilaksanakan projek pengangkutan awam yang berkesan?

234) HAL EHWAL ORANG ASLI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan Negeri Selangor mewujudkan Jabatan Khas Hal Ehwal Orang Asli?

  2. Berapakah keluasan tanah warisan dan perkampungan orang asli yang telah diambil untuk pembangunan perbandaran 2000-2008?

  3. Apakah dasar kerajaan terhadap pewartaan tanah warisan untuk pembangunan masyarakat orang asli?

235) PRESTASI PERKHIDMATAN ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak kerajaan mempunyai sistem penilaian prestasi perkhidmatan Alam Flora?

  2. Sila nyatakan jumlah wang yang disalurkan kepada Alam Flora dari setiap PBT dan peratusan dalam bajet PBT?

  3. Setelah setahun meninjau prestasi Alam Flora, sila nyatakan tindakantindakan yang akan diambil. Kalau tidak sila nyatakan alasannya?

236) TAPAK SURAU AL-MUHTADIN, TAMAN KOTA EMERALD, RAWANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status tapak surau ini pada masa kini dan jangka masa untuk surau tersebut didirikan?

237) PERUNTUKAN DARI KERAJAAN PUSAT

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan dengan detail berapakah jumlah peruntukan dan geran wajib yang diterima daripada Kerajaan Pusat pada tahun 2008?

  2. Sila senaraikan jumlah keseluruhan peruntukan dan geran wajib yang sepatutnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan turut senaraikan juga peruntukan di bawah Perlembagaan Perkara 109 (1)(b).

238) PENGURANGAN CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan keadaan ekonomi semasa, adakah Kerajaan Negeri bercadang mengurangkan cukai taksiran di setiap PBT?

  2. Jika jawapan ya atau tidak, sila nyatakan sebab dan berikan butir-butir

239) MEMBENTERAS GEJALA DAN PENYAKIT DENGGI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Sejak Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Negeri Selangor, berapakah jumlah kematian akibat diserang demam denggi?

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi gejala demam denggi ini daripada menyuruh rakyat menangani masalah tersebut secara sendiri?

  3. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes ini tetapi sentiasa mewarwarkan kepada rakyat agar mengambil langkahlangkah mereka sendiri?

240) MASALAH PEMBERHENTIAN PEKERJA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah pencapaian terkini Jawatankuasa Tindakan Pemberhentian Pekerja (JTPP) dalam menangani masalah pengangguran pekerja di Selangor?

  2. Apakah angka pengangguran terkini di Selangor dan bagaimana kerajaan dapat membantu golongan menganggur mencari pekerjaan?