Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

241) BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan untuk mengembelengkan tenaga dan bantuan daripada NGO dalam pembangunan masyarakat?

  2. Apakah insentif yang dirancang untuk membantu perkembangan sektor NGO?

  3. Adakah pertimbangan pengecualian cukai taksiran dan cukai tanah dipertimbangkan untuk NGO?

242) LEBUHRAYA DAMANSARA PUCHONG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. LDP merupakan lebuh raya utama yang digunakan oleh warga Selangor. Bayaran tol yang tinggi dan tidak berpatutan telah membebankan anak Selangor. Menurut kajian Ahli Parlimen PJU, kerajaan persekutuan hanya memerlukan 1.4 bilion sahaja untuk membeli lebuh raya tersebut. Mungkinkan Kerajaan Negeri berunding dengan kerajaan persekutuan agar lebuh raya tersebut dapat dibeli oleh anak syarikat kerajaan Selangor? Sila beri penjelasan

243) LEMBAGA ZAKAT NEGERI NEGERI SELANGOR (LZS)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah kutipan zakat yang diperoleh dari umat Islam Negeri Selangor secara bandingan sejak tahun 2006, 2007, dan 2008?

  2. Sila senaraikan kesemua bentuk bantuan yang disediakan oleh LZS kepada para asnaf yang berkelayakan?

  3. Sila nyatakan sehingga setakat tahun 2008, berapakah jumlah bilangan bantuan Program Rumah Zakat yang telah diluluskan untuk para asnaf yang berkelayakan mengikut pecahan daerah?

244) PEMBELIAN KERETA CAMRY

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah tender terbuka diguna pakai semasa Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membeli kereta Camry bagi ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Jika ya, sila berikan butir-butir

  3. Jika tidak, nyatakan sebab

245) KESESAKAN LALU-LINTAS DI KLANG BANDAR DIRAJA DAN PEMBUKAAN PUSAT PERNIAGAAN ÒCHINA TOWNÓ

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas di Klang Bandar Diraja ini?

  2. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperoleh status ÒBANDARAYAÓ bagi Klang Bandar Diraja ini, yang telah lama menepati kesemua syarat-syarat yang telah digariskan untuk mendapatkan status ÒBANDARAYAÓ tersebut?

  3. Mengapakah sehingga ke hari ini satu kawasan khas masih belum diperuntukkan di Bandar Klang bagi peniaga-peniaga Cina menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti ÒChina TownÓ yang menyerupai ÒPetaling StreetÓ di Kuala Lumpur?

246) MASALAH JENAYAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan terbaru untuk memerangi kadar jenayah selain daripada bergantung kepada PDRM?

  2. Apakah pendirian kerajaan dan perkembangan terbaru terhadap pembelian dan pemasangan CCTV?

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pasukan Auxiliary Police Force (APF) di Selangor?

247) PENGUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan bajet yang diperuntukkan untuk menggalakkan industri IKS?

  2. Apakah kemajuan rancangan pemulihan kilang-kilang haram (tanpa lesen) sehingga Disember 2008?

  3. Apakah rancangan dan kemajuan dalam pengawalan dan pengawasan industri 'besi buruk'?

248) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KUANG

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Akibat pemesatan pembangunan di Kuang, SJK (C) Kuang yang luasnya 0.745 ekar dijangka tidak dapat lagi menampung jumlah pelajar yang kian menaik saban tahun. Oleh sebab itu, pihak lembaga pengurus sekolah telah bercadang untuk meluaskan saiz tanah tersebut. Demi memastikan anak-anak kita mempunyai keadaan yang selesa, adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengambil tanah yang berdekatan? Sekiranya tidak, sila jelaskan pendekatan lain untuk membendung masalah tersebut.

249) PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI YANG LALU

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Semenjak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri, terdapatkah pemerhatian atau pencarian sebarang keputusan kerajaan lalu yang tidak telus dan melibatkan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lalu?

  2. Jika ya, berikan butir-butir.

250) EKUITI DAN ASET YANG DIMILIKI OLEH KERJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah Syarikat, Anak Syarikat dan Perbadanan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini?

  2. Berapakah komposisi Lembaga Pengarah mengikut kaum di dalam Syarikat, Anak Syarikat dan Perbadanan tersebut yang dimiliki Kerajaan Negeri Selangor?

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menubuhkan lebih banyak Syarikat, Anak Syarikat dan Perbadanan yang baru bagi menjana ekonomi Kerajaan Negeri Selangor pada masa akan datang?