Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

251) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?

  2. Bagaimanakah perkembangan terbaru pelaksanaan rancangan dan strategi ini?

  3. Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?

252) KAMPUNG BARU DAN KAMPUNG TERSUSUN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar Kerajaan Negeri dalam pembangunan kampung baru dan kampung tersusun?

  2. Apakah rancangan kerajaan terhadap hak milik atau tempoh pajakan tanah di kampung baru dan kampung tersusun?

  3. Apakah rancangan dalam pemulihan atau penempatan semula "industri kampung" yang terdapat di perumahan kampung baru?

253) BANGUNAN TEATER SELANGOR DI SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Bangunan teater Selangor yang didirikan di Seksyen 14 Shah Alam yang siap dibina pada tahun 2007 dengan kos mencecah RM 43 juta. Apakah status bangunan tersebut sekarang dan adakah ianya digunakan sepenuhnya kini?

  2. Berapakah kos penyelenggaraan bulanan bangunan tersebut dan adakah ianya berbaloi dengan pelaburan Kerajaan Negeri yang memakan belanja sebanyak RM 43 juta?

  3. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelenggarakan serta menguruskan bangunan tersebut dan bilakah tempoh ianya mula serta berakhir?