Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

121) TAPAK PENJAJA DAN KAEDAH KUTIPAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah garis panduan tapak-tapak penjaja dan pasar malam serta kaedah kutipan yang dibenarkan serta pecahan yuran yang dikenakan terhadap penjaja

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tapak-tapak di Petaling Jaya yang masih dikendalikan oleh persatuan / individu dan mengutip bayaran daripada penjaja

    Klik jawapan »

122) BIASISWA PENDIDIKAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah pemohon yang mendapat Biasiswa Pinjaman Anak Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2009 mengikut nisbah kaum dan jantina?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi membantu anak Selangor yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi melanjutkan pelajaran ke luar negeri?

    Klik jawapan »

123) PERMIT KOREK PASIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah sebenar permit mengorek, mengeluarkan dan menjual pasir atau salah satu atau kombinasi daripadanya yang dikeluarkan di kawasan DUN Semenyih setakat pertengahan tahun 2009 dan berapakah hasil pendapatan Pihak Berkuasa Negeri dari pengeluaran permit ini

    Klik jawapan »

  2. Apakah nama-nama syarikat yang telah diberi permit mengorek, mengeluarkan dan menjual pasir atau salah satu atau kombinasi daripadanya di dalam kawasan DUN Semenyih dan di manakah kawasan operasi sebenar syarikat-syarikat tersebut

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri terhadap lorilori pasir yang beroperasi tidak mengira masa yang bukan hanya mengakibatkan ketidakselesaan penduduk dalam urusan harian mereka malah yang banyak membawa kerosakan kepada infrastruktur, sebagai contoh jambatan yang roboh di Batu 5, Jalan Bangi, kerosakan jalan-jalan dan lorong-lorong di pelbagai kampung dan juga pelbagai kerosakan lagi

    Klik jawapan »

124) MASALAH SOSIAL DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kadar jenayah di Selangor pada tahun 2008 dan setengah tahun pertama 2009?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bertambahnya kadar jenayah di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang diambil bagi menghapus atau mengurangkan jenayah tersebut?

    Klik jawapan »

125) PROGRAM BANTUAN DAN PEMBANGUNAN OKU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan OKU menurut DUN yang telah berdaftar di bawah JKM di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah bilangan pemohon menurut DUN di seluruh Negeri Selangor yang memohon agar didaftarkan sebagai OKU di bawah JKM tetapi ditolak pendaftarannya?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program bersepadu yang telah diwujudkan oleh kerajaan bagi menjayakan program bantuan dan pembangunan OKU di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

126) KERETA RASMI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan perbelanjaan penyelenggaraan dan model kereta rasmi pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan Negeri, semua YDP, semua Datuk Bandar dan semua Pegawai Daerah untuk tahun 2008

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan model dan perbelanjaan kereta baru kegunaan rasmi pejabat, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri pada tahun 2008 dan 2009?

    Klik jawapan »

127) SENARAI ASET MPSJ

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan aset Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) termasuk rumah, kedai, kereta dan lain-lain dari tahun 2005 hingga sekarang dan berikan butir-butir seperti harga pembelian, harga penjualan, pembeli, penjual dan asas transaksi tersebut

    Klik jawapan »

128) BANGUNAN-BANGUNAN YANG TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan jumlah bangunan terbengkalai di setiap PBT dan jumlah bangunan yang sudah melanjutkan pembangunan sejak tahun 2008

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah pemaju-pemaju yang berminat dalam memajukan Negeri Selangor boleh tender kerja pembangunan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah sistem pemantauan yang telah diwujudkan sejak tahun 2008 supaya mengelak pemaju melarikan diri tanpa menyiapkan kerja-kerja mereka?

    Klik jawapan »

129) KEBEBASAN KEPADA MAKLUMAT (FREEDOM OF INFORMATION)

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah Jawatankuasa akan memastikan Kebebasan kepada Maklumat ini dapat direalisasikan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah Pelan Tindakan tersebut?

    Klik jawapan »

130) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dalam pelantikan dan penukaran kakitangan kerajaan di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam pelantikan atau penukaran kakitangan kerajaan di Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tatacara yang akan diambil sekiranya didapati pegawai kerajaan yang enggan bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri?

    Klik jawapan »