Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

131) MASALAH BANJIR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak jumlah kerugian yang diakibatkan oleh banjir pada tahun 2006 dan 2007?

  2. Apakah langkah-Iangkah mitigasi yang telah diambil oleh Kerajaan Selangor pada tahun-tahun tersebut untuk mengatasi masalah ini?

  3. Berapa banyak jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk projek-projek berstruktur bagi mengatasi masalah tersebut?

132) MEMANTAPKAN UNISEL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Universiti Industri Selangor (Unisel) muncul juara kategori Open Class CanSat Team dalam Pertandingan CanSat Antara Varsiti Dunia (CanSat) di Madrid, Sepanyol baru-baru ini. Keupayaan Unisel bersaing di peringkat dunia dalam bidang pendidikan pastinya memberi kebanggaan kepada negeri dan negara. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu memastikan setiap produk kajian dan penyelidikan yang sudah terbukti berjaya dihasilkan oleh Unisel dapat dimanfaatkan dan dikomersialkan dengan sebaiknya?

  2. Berapakah jumlah pelajar dalam dan luar negara yang sedang menuntut di Universiti tersebut dan apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi menarik pelajar dalam dan luar negara menyertainya

  3. Dimaklumkan baru-baru ini, kerajaan negeri akan mengadakan program bersama khususnya dalam bidang kedoktoran dengan universiti lain. Nyatakan cadangan institusi pengajian berkenaan dan manfaat yang Unisel akan perolehi

133) ISU BABI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan telah mengumumkan Projek Ternakan Babi sebanyak RM100 juta di Tumbuk Darat Kuala Langat tetapi mengapakah Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada tidak bertanggungjawab dan menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional. Bukankah kerajaan semasa bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan kelulusan dan pembatalan sesuatu projek semasa tersebut.

  2. Mengapakah kerajaan boleh menangguhkan projek-projek bagi pembinaan sekolah rendah agama yang belanjanya jauh lebih keeil dan menjadi keperluan rakyat yang telah diluluskan secara runding terus sedangkan projek babi diluluskan dan diteruskan.

134) MASALAH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Sejak kebelakangan ini banyak aduan penduduk yang melibatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan lewat diambil tindakan atau walaupun ada lawatan atau siasatan yang dilakukan namun tiada sebarang tindakan susulan diambil. Adakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Pihak BerkuasaTempatan terlibat menjalankan tanggungjawabnya sebagaimana yang diharapkan oleh pembayar cukai?

135) PROJEK AMPANG WATER FRONT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kelulusan tanah yang dibangunkan di ampang iaitu projek Ampang Water Front adalah seluas lebih kurang 16 ekar. Soalannya, berapa luaskan tanah rezab sungai dan rizab jalan yang telah digunakan untuk projek tersebut?

  2. Bagaimanakah struktur bangunan kekal boleh didirikan di atas tanah rizab sungai seperti yang terjadi di Ampang Water Front? Siapa yang memberi kelulusan pembinaannya? Kos projek berkenaan ditanggung oleh siapa?

  3. Sepanjang pengetahuan saya CF tidak pernah dikeluarkan kerana tapak bangunan tersebut adalah rizab sungai. Jadi bagaimanakah ianya boleh diduduki? Siapakah yang memberi kebenaran mendudukinya? Bagaimana tindakan kerajaan dan apakah dasar kerajaan tentang pembinaan dan pembangunandi tepi sungai atau di cerun bukit?

136) MASALAH PENGHADANG JALAN/TEMBOK DI JALAN KELUAR/MASUK ANTARA BANDAR MAHKOTA CHERAS DAN LEBUHRAYA CHERAS-KAJANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah anggaran pemilik premis mengikut PBT & PTD yang terlibat dalam menghadapi masalah ini?

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

137) KADAR BAYARAN AIR UNTUK KONDOMIUM DAN HARTA TANAH BERTINGKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bilangan Kondominium dalam Negeri yang telah ditukar dari 'bulk' meter kepada meter individu oleh pihak Syabas

  2. Sila nyatakan isu-isu guaman yang melibatkan migrasi meter air

  3. Sila nyatakan jika terdapat jangka masa yang ditetapkan untuk migarasi meter air

138) MENGURANGKAN KES-KES JENAYAH DARI SEGI PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Selangor supaya mengurangkan bahaya seseorang menjadi sasaran perompak?

  2. Apakah projek membina infrastruktur yang ada untuk membantu mengurangkan kes-kes jenayah di Selangor?

  3. Jika ada, berapa banyak peruntukan yang diagihkan di setiap kawasan DUN?

139) SEKOLAH DI BAWAH SELIAAN JAIS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak kah sekolah rendah agama, KAFA dan lain-lainyang berada di bawah seliaan JAIS di Negeri Selangor?

  2. Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan bagi membiayai sekolah-sekolah tersebut?

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil bagi meningkatkan lagi pencapaian prestasi sekolah-sekolah tersebut?

140) INDUSTRI TERNAKAN UDANG HARIMAU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan berapakah keluasan kawasan industri ternakan udang Harimau di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?

  2. Apakah faedah dan keuntungan kepada penduduk tempatan di atas wujudnya industri ternakan udang harimau di kawasan masing-masing?

  3. Sila nyatakan apakah bentuk insentif dan bantuan lain dari Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada pengusaha industri tersebut ?