Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

141) PEMBERSIHAN PARIT DI KAWASAN SAWAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Pembersihan parit di kawasan sawah dilakukan 4 kali setahun (setiap 3 bulan sekali), akan tetapi pembersihan parit di kawasan kampung hanya dilakukan 3 kali setahun (setiap 4 bulan sekali). Perkara ini menimbulkan ketidaksamarataan antara pembersihan parit di kawasan bendang ( sawah ) dengan pembersihanparit di kawasan kampung. Keadaan ini menyebabkan parit-parit saliran di kawasan kampung menjadi sebu, tiada air dan penuh dengan rumput dan semak. Apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah pembersihan parit di kawasan kampung?

  2. Berapakah kadar pembayaran pembersihan parit hari ini? Kerajaan negeri harus meningkatkan kadar pembayaran pembersihan parit yang dilihat hari ini sudah tidak sesuai dengan kadar peningkatan kos dan buruh

142) DASAR-DASAR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar-dasar Negeri Selangor yang dimansuhkan dan apakah dasar baru yang perkenalkan?

143) INDUSTRI TERNAKAN BABI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan akan membuat pelaburan RM 100 juta dalam industri ternakan babi secara kaedah moden. Apakah rasional kerajaan negeri membuat pelaburan begitu banyak dalam industri ternakan babi?

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat pelaburan tambahan?

  3. Adakah kerajaan negeri mengambil kira sensitiviti kaum agama Islam sebelum membuat pilihan kawasan yang dikenal pasti menjalankan industri ternakan babi secara moden?

144) PENYERAHAN PUTRAJAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Pada peringkat permulaan Y.B. TUAN DR. MOHAMAD KHIR BIN TOYO menjadi Menteri Besar Selangor (2001) berlaku penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Persekutuan. Apakah prjanjian utama antara negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan berhubung dengan penyerahan tersebut?

  2. Apakah pampasan dan jumlah bayaran tahunan yang dikehendaki Kerajaan Persekutuan melaksanakannya?

  3. Adakah Kerajaan Selangor berhak menilai kembali jika perjanjian bersifat tidak adil dan berat sebelah?

145) SEKOLAH VERNAKULAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan syarat-syaratdan garis panduan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pemberian kelulusan tanah untuk pembinaan sekolah vernakular Cina dan Tamil.

  2. Apakah perancangan jangka panjang dan berapakah peruntukan untuk membantu sekolah-sekolah ini?

146) GERAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berikan butiran penduduk mengikut Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun tetapi masih memiliki lesen TOL sahaja ?

  2. Apakah polisi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan geran tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun ?

  3. Apakah langkah -Iangkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penyalahgunaan kuasa dan pemberian geran tanah kepada pihak yang tidak layak di Kampung Baru ?

147) PILIHAN RAYA KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah satu jadual waktu telah ditentukan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan dan halangan-halangan dihadapi?

  2. Sagaimana kerajaan negeri dapat mempertingkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan pentadbiran baik di PST jikalau ianya masih belum dipulihkan dalam jangka masa ditentukan?

148) BATU CAVES SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sambutan Hari Thaipusam pada tahun ini menyaksikan kemerosotan kedatangan pengunjung ke Kuil Batu Caves dan telah menjejaskan pendapatan peniaga di kawasan sekitar. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan keadaan ini tidak berulang pada tahun hadapan?

149) NELAYAN (JETI KUALA SELANGOR)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak jeti sepanjang sungai Kuala Selangor yang perlu dibaikpulih atau diperbaharui. Ini akan membantu para nelayan di kawasan ini pada jangka masa panjang. Sekiranya hal ini boleh dijalankan pada kadar yang segera daripada agensi manakah boleh kita menuntut pembiayaan kewangan?

150) MASALAH JALAN DI SEMENYIH-BERANANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendekatan dan tindakan susulan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan Semenyih-Beranang dari perspektif PBN.

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang membuat 'outer ring road' untuk mengatasi keadaan kesesakan jalan tersebut

  3. Apakah status perancangan kerajaan negeri untuk membina jambatan kedua pekan Semenyih iaitu di belakang Petronas.