Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

151) GERAI HARAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Percambahan gerai tanpa lesen dan kebenaran PST amat berleluasa sejak akhir-akhir ini, khususnya di Bandar Utama Batang Kali, Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga ini?

  2. Apakah usaha daripada kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

  3. Data bilangan peniaga haram di Selangor

152) ADAT-ADAT BUKAN MELAYU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan terdapat EXCO yang menjaga adat-adat Melayu adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mewujudkan EXCO yang menjaga adat-adat bukan Melayu?

153) PENGUATKUASAAN DAN PENCEGAHAN MAKSIAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah punca BADAR (Badan Dakwah Nahi Mungkar) yang banyak membantu JAIS dalam melaksanakan aktiviti pencegahan maksiat dimansuhkan?

  2. Apakah justifikasi yang ditentukan oleh penguatkuasaan JAIS untuk menangkap ustaz-ustazyang mengajar agama tanpa tauliah di negeri ini?

  3. Berapakah jumlah penceramah bertauliah JAIS dan berapakah nisbahnya dengan jumlah keperluan yang mesti tiada bagi mengimbangi pembangunan insan dan rohani seluruh umat Islam di negeri ini?

154) PERUNTUKAN TAHUNAN BAGI ADUN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Setiap tahun Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah wang bagi Ahli Dewan Undangan Negeri menggunakannya untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing. Berapakah peruntukan tersebut dan jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini bagi setiap Kawasan dalam negeri Selangor? Sila beri butiran terperinci perbelanjaan tersebut mengikut kawasan

155) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah hasil perolehan PKPS untuk empat tahun yang lepas dan senaraikan juga jumlah hasil yang dicatat oleh anak-anak syarikat di bawah PKPS empat tahun yang lalu

  2. Berapakah peratusan hasil PKPS adalah disalurkan kepada kerajaan negeri dan senaraikan jumlah nilai yang disumbangkan kepada kerajaan negeri oleh PKPS dalam 5 tahun yang lepas.

156) ISU PEMBUBARAN BALKIS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila berikan alasan utama kenapa BALKIS harus dibubarkan dengan tergesa-gesa selepas hari ketiga keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 diketahui?

  2. Sila nyatakan keputusan pembubaran Balkis itu mematuhi peraturan dan adakah ia mendapat persetujuan 2/3 daripada ahli BALKIS? Sila berikan butir-butir

  3. Sila senaraikan nama syarikat-syarikat dalam individu menyumbang dana BALKIS dalam tempoh masa 2005 hingga 2007

157) PENJAGAAN JALAN-JALAN DI SEKITAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut


  1. Kerap diadu oleh rakyat berkenaan dengan taraf jalan-jalan di taman perumahan. Salah satu aduan biasa ialah jalan yang tidak rata dan kenapa jumpai lubang-Iubang (potholes) Adakah satu sistem yang diaturkan dan di ikuti oleh pihak penjagaan jalan untuk menurapkan (tarring) jalan, contohnya setiap kali dalam tempoh beberapa tahun dan kerap sedikit di jalan-jalan yang sibuk digunakan.

  2. Penurapan jalan diuruskan oleh kontraktor swasta. Turapan yang sepatutnya ialah setebal dua inci tetapi dilaksanakan tidak sampai dua inci (tiga perempat inci) menyebabkan jalan cepat berlubang. Apakah langkah yang digunakan untuk memastikan mutu penurapan dicapai?

  3. Apakah rancangan yang akan disempumakan pada masa hadapan untuk menjayakan program tersebut?

158) MASALAH ORANG ASLI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Orang Asli merupakan golongan warganegara yang terpinggir dan perlukan tindakan segera.Berapakah jumlah populasi dan taburannya mengikut suku kaum bagi masyarakat Orang Asli di Selangor?

  2. Apakah rancangan dan peruntukan yang telah diambil untuk memperbaiki tarat hidup masyarakat Orang Asli di Selangor dalam tempoh masa 2001-2007?

  3. Apakah dasar Kerajaan Selangor dalam mewartakan tanah warisan (customary land) untuk perkampungan OrangAsli?

159) MASALAH BANJIR DI KAWASAN-KAWASAN SEMENYIH DAN BERANANG

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam bajet Selangor 2008, jumlah sebanyak RM50.0 juta telah diperuntukkan kepada JPS untuk tujuan menangani masalah banjir. Apakah status yang diperuntukkan kepada JPS?

  2. Adakah PBN akan mengeluarkan peruntukan bantuan segera yang berupa bantuan kewangan kendiri dan juga bantuan kos pembaikan harta benda yang musnah kepada mangsa banjir serta peruntukan segera untuk memperbaiki kerosakan kemudahan intrastruktur disebabkan oleh banjir tersebut

  3. Apakah langkah panjang PBN untuk mengatasi masalah yang kerap berlaku

160) BANDAR BUKIT SENTOSA DAN BUKIT BERUNTUNG MERUPAKAN BANDAR BARU TETAPI KEADAAN FIZIKAL DAN PENYELENGGARAAN INSFRASTRUKTURNYA SEPERTI BANDAR YANG DITINGGALKAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Negeri terhadap pemaju dan pemilik rumah-rumah yang tidak didiami?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambah jadual kekerapan untuk memotong rumput di bandarini?

  3. Masalah bumbung pangsapuri Seri Cempaka yang terhenti dari membaik pulih selepas kerajaan Negeri bertukar?