Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

161) CUTI BERSALIN 90 HARI BAGI WANITA BEKERJA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Bilakah perkara ini akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri?

  2. Apakah pelaksanaan ini diberi kepada kakitangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor sahaja atau semua rakyat yang bekerja di Negeri Selangor?

  3. Enakmen mana yang diguna pakai untuk melaksanakan perkara ini bagi meliputi semua rakyat di Negeri Selangor?

162) PUNGUTAN KADAR CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah cukai taksiran yang telah di kutip oleh setiap kerajaan tempatan dalam negeri bagi hartanah/bangunan apartment dan kondominium dan GLC dalam lima tahun yang lepas

  2. Sila nyatakan jumlah bayaran cukai taksiran yang diambil oleh setiap majlis tempatan dan jumlah yang telah dibayar dan jumlah yang tidak di bayar dalam lima tahun yang lepas. Sila nyatakan jumlah peratusan bayaran cukai taksiran yang dibil kepada GLC dan amaun yang telah di bayar dan belum dibayar oleh GLC dalam lima tahun yang lepas

  3. Sila nyatakan bilangan kondominium/harta tanah bertingkat berbanding dengan jumlah hartanah di Selangor dan jumlah hasil pendapatan cukai taksiran dari kedua-dua jenis hakmilik tanah tersebut. Sila nyatakan berapa senarai penilaian harga yang dijalankan oleh semua majlis tempatan dalam negeri untuk kodominium (Akta Kerajaan tempatan 1976 menyatakan bahawa semua majlis tempatan mesti menyediakan senarai penilaian harga (valuation) untuk hakmilik tanah dengan garis panduan untuk penyesiaan senarai)

163) SEKOLAH BAHASA IBUNDA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak sekolah akan dibenarkan untuk memohon menukar sesuatu kawasan lapang menjadi kawasan sekolah?

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada setiap jenis sekolah (sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil) dari tahun 2004 hingga 2007?

164) KES JENAYAH/JUVANA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan statistik jenayah juvana/pelajar mengikut daerah di negeri Selangor?

  2. Apakah tindakan yang di ambil oleh kerajaan dalam menangani masalah jenayah di kalangan pelajar/juvana?

  3. Apakah perancangan yang diambil bagi mengurangkan kes jenayah juvana?

165) MASALAH HARGA PADI YANG RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan adakah pihak Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang lanjutan tempoh kontrak di antara Kerajaan Pusat dengan syarikat BERNAS iaitu dari tahun 2011-2016 ?

  2. Apakah bidang kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri untuk menghalang syarikat BERNAS dari terus menindas petani dengan membeli harga padi pada kadar yang rendah iaitu RM70.00 per 100kg, sedangkan terdapat pengilang swasta yang sanggup membeli dengan harga RM85.00 Per 100kg?

  3. Sila nyatakan apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap sistem kuota dan dasar sekatan penjualan padi secara bebas yang dikenakan oleh syarikat BERNAS dan Bahagian Kawalselia?

166) JAWATAN-JAWATAN POLITIK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Berikutan dengan kemenangan 'Pakatan Rakyat' di Selangor sepatutnya semua jawatan politik di Selangor terbubar dengan sendirinya. Apakah jawatan-jawatan politik UMNO-BN di negeri Selangor yang seharusnya terbubar?

  2. Apakah realiti yang berlaku di Selangor berhubung dengan jawatan-jawatan ini?

  3. Adakah berlaku penyerahan premis-premis kepada pihak berkuasa yang memerintah di Selangor?

167) PENGGUNAAN CCTV MENGIKUT PBT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos penyewaan dan kos mengurus Kerajaan Negeri dalam penggunaan CCTV mengikut PBT setiap tahun?

  2. Senaraikan kontraktor yang terlibat dan nyatakan bilangan CCTV yang digunakan mengikut PBT, waktu operasi dan keberkesanan penggunaan CCTV dalam menangani jenayah

168) JANJI PILIHANRAYA ( SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri dalam manifesto pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk melaksanakan sebuah Negeri Kebajikan. Jika ya' i) Bila akan dilaksanakan? i) Berapa jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan? ii) Siapa kumpulan sasar yang layak menerima bantuan?

169) KESIHATAN RAKYAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan untuk melaksanakan janji memberi 90 hari cuti bersalin kepada wanita bekerja dan 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin?

  2. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan janji untuk memberi cuti sebulan kepada wanita yang kematian suami?

  3. Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan janji untuk menyediakan perubatan percuma kepadawarga 65 tahun ke atas?

170) LADANG TERNAKAN BABI MODEN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan ladang-Iadang ternakan babi yang terdapat di Selangor ketika ini dan bilangan jumlahnya serta pemiliknya

  2. Apakah ternakan babi akan dipasarkan secara terbuka di pasar-pasar basah sebagaimana makluman yang disiarkan dalam risalah-risalah Barisan Alternatif yang disebarkan pada pilihan raya Umum ke 12 yang lalu?

  3. Kerajaan negeri memaklumkan pembinaan ladang domestik sahaja. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil bagi mengawal penternak-penternak mematuhi arahan berkenaan?