Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

171) KEBAJIKAN PEKERJA SWASTA DAN KERAJAAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan polisi gaji minima RM 1500 untuk pekerja swasta sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 yang lalu?

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri bertindak meneladani polisi sedemikian dengan melaksanakan gaji minima untuk kakitangan Kerajaan Negeri , agensi Kerajaan Negeri dan syarikat kepunyaan Kerajaan Negeri ?

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengimplementasikan skim cuti bersalin untuk pekerja wanita selama 90 hari sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU 12?

172) PERJANJIAN PENYERAHAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah faedah yang akan diberi kepada Selangor mengikut perjanjian apabila kerajaan Selangor menyerah Kuala Lumpur dan putrajaya kepada kerajaan Persekutuan sebagai Wilayah Persekutuan?

  2. Setakat manakah syarat-syarat perjanjian ini dipatuhi oleh kedua-dua pihak?

173) PENGANGGURAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah kadar terkini pengangguran di kalangan belia di negeri Selangor?

  2. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi menangani masalah pengangguran di kalangan belia ?

174) PELANCONGAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah pelancong dalam dan dari luar negara yang telah melawat kawasan-kawasan pelancongan di Kuala Selangor pada tahun 2005, 2006 dan 2007 ?

  2. Apakah program-program yang sedang dirancang atau dijalankan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong dari dalam mahupun dari luar negara ?

175) BASMI KEMISKINAN MELALUI ZAKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah umat Islam yang dikategorikan miskin di negeri Selangor ini berbanding negeri-negeri lain dan mengapakah agihan zakat masih tidak mampu membasmi kemiskinan di negeri ini?

  2. Mengapakah masih terdapat laporan fakir miskin yang tidak menerima bantuan zakat di negeri ini dan apakah mekanisme sokongan ADUN atau JKKK masih diguna pakai?

  3. Apakah bentuk-bentuk perbelanjaan wang zakat yang telah digunakan untuk selain kepada asnaf dan apakah usaha yang akan dilaksanakan bagi memperbaiki sistem pengagihan yang lebih cekap, telus dan adil?

176) TANAH PERKUBURAN ISLAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Penduduk Taman Medan yang lebih 40 ribu dan kawasan di sekitarnya menghadapi masalah tiada tanah perkuburan Islam berdekatan. Jenazah terpaksa dibawa sejauh 40 km ke Kota Damansara untuk sampai ke tanah perkuburan terdekat. Adakah kerajaan negeri memperuntukkan tapak yang sesuai bagi tanah perkuburan keperluan orang Islam di Taman Medan dan sekitarnya? Sila beri butiran

  2. Apakah agensi yang bertanggungjawabatas kera-kerja menyediakan tapak serta pengendalian tanah perkuburan tersebut?

177) HARGA BARANG DAN BEKALAN MAKANAN BANTUAN KEPADA PETANI/PENTERNAK/NELAYAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan bekalan makanan mencukupi dan apakah langkah-Iangkah bagi memendung harga barang keperluan yang semakin naik ?

  2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu petani, pentemak, dan nelayan di Negeri Selangor bagi menyahut cabaran Kerajaan Persekutuan supaya golongan tersebut dapat menambah pendapatannya

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri pada tahun ini bagi memberikan peluang petani, penternak dan nelayan untuk menambah pendapatan mereka?

178) BANTUAN PENDIDIKAN NURSERI DAN PRA-SEKOLAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Dalam Pilihan raya Umum Ke-12 (PRU 12), gabungan Pakatan Rakyat di bawah PKR dan PAS telah membuat tawaran janji untuk memberi bantuan RM 75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri dan bantuan RM 50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah. Sila jelaskan prosedur dan cara-cara bantuan tersebut akan disalurkan dan sila nyatakan agensi-agensi yang akan terlibat dalam pelaksanaannya di peringkat kampung, mukim dan daerah serta di peringkat taman-taman perumahan dalam kawasan Pihak BerkuasaTempatan?

  2. Bilakah bantuan-bantuan tersebut akan dilaksanakan?

  3. Berapakah jumlah peruntukan kewangan (bajet) yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi melaksanakan bantuan-bantuan tersebut dalam tahun 2008?

179) PEMBANGUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah wawasan Negeri Selangor selepas berada di Pasca Negeri Maju dan Sejahtera?

  2. Apakah pembangunan bagi wilayah Lembah Klang Kedua yang melibatkan Daerah Kuala Langat dan Sepang diteruskan?

  3. Apakah penambahbaikandi atas pembangunan WLKK tersebut?

180) PENGUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah bayaran kerajaan negeri Selangor untuk kutipan sampah bagi empat tahun yang lepas mengikut PBT dan senaraikan butir-butir kontraktor yang memperoleh kontrak mengutip sampah dalam negeri Selangor mengikut PBT. (syarikat, lokasi, tempoh, jumlah nilai)

  2. Berapakah jumlah kutipan sampah mengikut PBT dan senaraikan lokasi Loji Pembuangan Sampah.

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi mengendalikanjumlah buangan sampah yang semakin meningkat serta cara mengatasi masalah pembuangan sampah haram?