Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

191) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan rizab semua Pihak BerkuasaTempatan (PBT) bagi 5 tahun yang lalu ?

  2. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri baru untuk mengelakkan rizab PBT daripada terus disalahgunakan seperti amalan Kerajaan lama ?

  3. Sila nyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan rizab di semua PBT ?

192) PENGGUNAAN PADANG AWAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Menjelang pilihan raya ke 12 banyak padang awam termasuk di DUN Bangi didirikan bangunan bagi Bilik Gerakan UMNO-BN. Adakah kebenaran didapati dari pihak berwajib menggunakan padang?

  2. Mengapakah bangunan-bangunan berkenaan yang merosakkan padang awam ini masih kekal?

  3. Apakah tindakan akan diambil terhadap pihak yang degil yang tidak mengeluarkan bangunan berkenaan?

193) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah program, bantuan dan peruntukan Kerajaan Negeri untuk membasmi masalah kemiskinan mengikut PBT & PTD ?

  2. Berapakah data terkini bilangan orang miskin sehingga 2008 ini di Selangor dan terutamanya di Subang Jaya?

194) KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM DI KOTA DAMANSARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Bilakah projek LRT Kota Damansara ke Cheras yang dibentangkan dalam Rancangan MalaysiaKe-9 akan dilaksanakan ?

  2. Kepadatan penduduk di Kota Damansara bertambah dengan projek perumahan dan pembinaan kolej dan sekolah , apakah perancangan keseluruhan untuk menyediakan terminal bas , komuter dan lain -lain demi memudahkan pengangkutan penduduk?

  3. Syarikat bas awam enggan mengunjungi kawasan yang tidak memberikan pulangan yang mencukupi . Demi memastikan kemudahan pengangkutan awam dinikmati rakyat , apakah penilaian Kerajaan terhadap mengendalikan suatu syarikat bas yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri sendiri ?

195) PERBELANJAAN PEJABAT MENTERI BESAR UNTUK CALON-CALON PILIHAN RAYA IPTA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak jumlahnya yang telah dibelanjakan oleh Pejabat Menteri Besar untuk calon-calon dalam pilihan raya kampus di IPTA tempatan dari tahun 2004 hingga 2007?

  2. Meminta satu senarai selengkap yang mungkin berkenaan dengan pecahan-pecahan perbelanjaan ini

196) PEMBUANGAN SAMPAH DI SUNGAI KERTAS BATU CAVES

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah status tindakan kerajaan negeri terhadap masalah pembuangan sampah haram di Sungai Kertas, Batu Caves.

  2. Jika telah diambil keputusan bilakah langkah menangani masalah terbabit diambil

197) ZAKAT UNTUK PELAJAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah terdapat syarat tambahan seperti mesti menandatangani surat aku janji bagi pelajar Selangor di Mesir yang ingin mendapatkan bantuan zakat?

  2. Apakah isi kandungan aku janji tersebut dan apakah justifikasi ia diwujudkan? Apakah perbandingan prestasi sebelum dan selepas akujanji ini diwujudkan?

  3. Apakah peranan pegawai yang dilantik oleh MAIS yang bertugas di Mesir di samping para pelajar di sana? Mengapakah ia perlu diwujudkan dan apakah tindakan beliau terhadap pelajar yang dikatakan dihalau daripada asrama dan terpaksa tidur di kaki lima?

198) PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Ramai penduduk Taman Medan yang terlibat dalam program pemindahan penduduk setinggan ke pangsapuri-pangsapuri. Setelah dipindahkan ke pangsapuri kos rendah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk bekas setinggan jauh dari selesai. Ada pangsapuri kos rendah yang ditawarkan tidak mengikut piawaian tetapi sudah mendapat sijil kelayakan menduduki. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor memastikan pihak pemaju mematuhi segala syarat pembinaan pangsapuri kos rendah

  2. Apakah tindakan ke atas pemaju yang melanggar syarat pembinaan dan pihak berkuasa tempatan yang memberi sijil kelayakan menduduki kepada binaan yang tidak memenuhi syarat?

  3. Penghuni pangsapuri dikenakan bayaran penyelenggaraan oleh pemaju serta cukai pintu oleh MBPJ di samping bayaran rumah setiap bulan. Bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh membantu mengurangkan kos bayaran bulanan yang terbeban atas penghuni bekas setinggan ini?

199) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status kewangan semua PBT dalam negeri Selangor dan faktor-faktor sekiranya sesebuah PBT itu mencatatkan defisit dalam penyata kewangannya?

  2. Senaraikan butir-butir projek perumahan yang telah diluluskan dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk empat tahun yang lepas. (pemaju, lokasi, tempoh projek,jenis projek

  3. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan keefisienan pentadbiran PBT serta mengatasi isu defisit PBT

200) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Projek rumah terbengkalai di Kuala langat. Contohnya di Jenjarum, Kebun Baru dan Sijangkang. Projek ini melibatkan projek di atas tanah pertanian yang luasnya kurang 5 ekar dan pemaju tidak mempunyai lesen pemaju perumahan, syarikat tersebut hanya mempunyai lesen kontraktor sahaja. Pembeli pun telah membuat bayaran kepada bank tetapi rumah tidak disiapkan. Apakah langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan masalah sebegini tidak akan berlaku lagi?