Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

201) CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Cukai Taksiran Tahunan merupakan sumber kewangan yang penting untuk negeri Selangor dan juga PBT. Berapakah penjumlahan dan peratusan pendapatan dan hutang mengikut pecahan bagi setiap PBTdi Selangor bagi 5 tahun yang lepas?

  2. Bagaimanakah Cukai Taksiran digunakan untuk setiap PBT?

  3. Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menuntut tunggakan yang belum di jelas dan ganjaran yang akan diambil untuk pemilik pemegang hartanah?

202) MASALAH BANJIR DAN JALAN RAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut


  1. Masalah banjir sudah jadi perkara biasa di Selangor: i. Sila mengecamkan kawasan-kawasan yang telah dibuktikan sebagai kawasan mudah banjir oleh setiap PBT dan sila beri perangkaan. ii. Sila beri perangkaan kes-kes yang berjaya ditangani iii. Sila beri perangkaan mengenai kawasan-kawasan yang masih dilanda banjir dan nyatakan tindakan pemulihan yang diperlukan. iv. Sila beri angka jumlah yang telah dibelanjakan dalam masa lima tahun yang lepas sehingga setakat kini oleh setiap PBT di negeri Selangor untuk kerja pemulihan. v. Sila nyatakan berapa jumlah struktur takungan air yang telah dibina dalam negeri dan nyatakan berapa jumlah kawasan yang telah diubahkan untuk niat pembangunan

  2. Kerja jalan raya (Road work): i. Sila beri perangkaan bajet yang diperuntukan untuk kerja pembaikan dan kerja penyelenggaraan jalan raya oleh setiap PBT dalam Negeri ii. Sila beri penerangan mengenai peratusan kerja pembaikan jalan raya dan kerja penyelenggaraan tahunan iii. Sila nyatakan jumlah jarak (dalam Kilometer) jalan raya di Negeri Selangor oleh PBT dan jumlah yang dibajetkan) yang di peruntukan untuk kerja pembaikan dan penyelenggaraan untuk tiap-tiap PBT

203) ROMBONGAN MELAWAT SAMBIL BELAJAR OLEH ADUN DAN EXCO KE LUAR NEGARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perbelanjaan yang digunakan setiap tahun oleh rombongan Melawat Sambil Belajar oleh ADUN dan EXCO ke luar negara?

  2. Sila nyatakan ahli-ahli kumpulan untuk setiap kunjungan

  3. Apakah manfaat yang di perolehi oleh Negeri Selangor selepas kunjungan ke luar negara ini?

204) JENAYAH GURU TERHADAP MURID, CABUL KEHORMATAN/ROGOl DLL

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak kah kes-kes yang melibatkan salah laku guru/jenayah di negeri Selangor?

  2. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan jenayah ini tidak akan berlaku di sekolah seterusnya mengurangkan kebimbangan penjaga terhadap keselamatan anak-anak di dalam kawasan sekolah?

205) SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR S/B (SYABAS)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah kriteria yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri dalam menentukan syarikat SYABAS dipilih sebagai konsesi penswastaan bekalan air di Negeri Selangor ?

  2. Sila nyatakan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menyemak semula kontrak perjanjian bekalan air dengan syarikat SYABAS kerana isi kandungannya ternyata menyebelahi pihak syarikat dan merugikan pihak Kerajaan Negeri ?

  3. Sila nyatakan apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan salahguna kuasa semasa perjanjian tersebut dimeterai ?

206) TENDER PROJEK YANG DIKELUARKAN OLEH MPKJ

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Sebagai sebuah majlis perbandaran, MPKj banyak mengeluarkan tender bagi projek-projek yang diluluskan. Sejauh manakah telusnya pengurusan tender dijalankan?

  2. Adakah ahli majlis MPKj 'semasa' mendapat tender dijalankan?

  3. Apakah kriteria kontraktor yang dipilih?

207) PEMBASMIAN RASUAH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-Iangkah Kerajaan Negeri dalam memastikan bahawa amalan rasuah dihapuskan di kalangan kakitangan PBT dan PTD?

  2. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri atas laporan rasuah yang dibuat oleh orang ramai terhadap golongan kakitangan ini?

208) HUTAN SIMPANAN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Sebanyak 50 ekar daripada Hutan Simpanan ini diluluskan untuk projek kubur Islam Seksyen 9 Tambahan Kota Damansara pada tahun 2006 dalam 3 fasa . Bagaimanakah projek ini boleh jadi diluluskan dalam kawasan Hutan Simpanan ?

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan tapak altematif untuk mengelakkan kesesakan tempat pengebumian di suatu tempat, seperti tanah RRI?

  3. Apakah langkah -Iangkah yang telah diambil untuk mengazetkan kembali hutan simpanan selebihnya agar ianya kekal dan tidak diterokai semula untuk pembangunan pada masa depan?

209) KES RASUAH PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan bersedia untuk membentangkan satu laporan kertas putih di Dewan Undangan Negeri untuk menerangkan skandal-skandal rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor yang lalu?

  2. Berapa kali BPR pernah memberi laporan bertulis terhadap siasatan-siasatan ini kepada kerajaan?

210) BANJIR KILAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menangani masalah banjir kilat seperti yang sering berlaku di Shah Alam, Batu Caves dan Hulu Langat?