Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

211) JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan akan melantik ahli-ahli satu lagi jawatankuasa yang fungsinya sama dengan JKKK. Apakah perbezaan bidang tugas kedua-dua jawatankuasa ini serta langkah-Iangkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri untuk mengelakkan kekeliruan yang wujud di kalangan rakyat?

  2. Apakah dasar kerajaan mengenai pelantikan dan pemilihan JKKK?

  3. Pentadbiran negeri sebelum ini tidak memerlukan JKKK untuk menyerahkan laporan aktiviti dan belanjawan kewangan tahunan. Apakah dasar kerajaan negeri bagi memastikan ketelusan dalam pentadbiran JKKK?

212) PUSAT SISA PEPEJAl (LANDFILL)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah pusat sisa pepejal yang ada di seluruh negeri Selangor dan sila nyatakan lokasi serta maklumat secara terperinci.

  2. Bilakah pusat sisa pepejal Sungai Sedu, Kuala Langat akan ditutup dan manakah tempat yang paling sesuai untuk menggantikannya?

213) PENCEMARAN SUNGAI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pencemaran di setiap sungai di Selangor?

  2. Apakah sumber-sumber pencemaran tersebut dan apakah tindakan yang diambil dalam masa 5 tahun yang Iepas?

  3. Apakah status rancangan penswastaan sumber sungai yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga kini?

214) STADIUM BOLASEPAK DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah stadium Bolasepak yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri di bawah pejabat Menteri Besar

  2. Sila nyatakan bilangan Stadium Bolasepak yang telah diubahkan kepada projek pembangunan (Seperti stadium FAS I PKNS di kelana jaya) di dalam Negeri dalam sepuluh tahun yang lepas.

215) MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PERTANIAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang diberikan kepada bidang pertanian dari tahun 2004 hingga 2007?

  2. Apakah skim-skim yang dilancarkan (selain daripada MARA dan FELDA) demi menggalakkan rakyat tanpa mengira kaum supaya melibatkan diri dalam bidang pertanian?

  3. Berapakah cukai yang diperolehi dari bidang pertanian?

216) PENYALAHGUNAAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai pelajar-pelajar yang dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah di negeri Selangor?

  2. Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah ini?

  3. apakah perancangan kerajaan negeri Selangor dalam membanteras penyalahgunaan' dadah di kalangan pelajar-pelajar

217) MASALAH PENCEMARAN BAU BUSUK OLEH LADANG TERNAKAN AYAM MILIK SYARIKAT LAY HONG BERHAD DAN EVERGREEN ORGANIK FERTILISER S/B

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Walaupun sudah berulang kali masalah pencemaran bau busuk ini dibangkitkan sejak tahun 2005 hingga sekarang namun masih tiada tindakan dan penyelesaian,apakah puncanya?

  2. Sila nyatakan dengan jelas kenapa pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) gagal dan tidak berani mengarahkan kilang yang mendatangkan bau busuk itu ditutup atau dipindah ?

  3. Kerajaan lama ternyata gagal dalam menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk tersebut. Oleh itu, apakah tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan baru ?

218) KEJADIAN BANJIR DI BANGI LAMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Lebih sepuluh tahun tidak berlaku banjir yang teruk di Bangi Lama, tetapi 22 Mac 2008 dan beberapa hari seterunya berlaku banjir yang agak teruk. Apakah punca utama berlakunya banjir pada kali ini?

  2. Apakah langkah-Iangkah bagi mengatasinya

  3. Adakah sebarang pampasan diberikan kepada mangsa banjir?

219) KAKITANGAN AWAM MENGIKUT PBT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan produktiviti kakitangan awam mengikut PBT?

  2. Nyatakan program penjenamaan semula bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap khidmat PBT?

220) KEMUDAHAN AWAM DI PERUMAHAN PANGSA KOS RENDAH PPRT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan butiran lengkap semua syarikat penyelenggaraan dan rumah pangsa kos rendah PPRT yang dijaganya

  2. Apakah tindakan PBT terhadap syarikat penyelenggaraan PPRT yang gagal membaik pulih kemudahan awam seperti lif, paip dan kutipan sampah di PPRT

  3. Sagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menempati janji manifesto PRU12, iaitu memberikan subsidi air percuma, 20m3 kepada penduduk PPRT yang menggunakan meter pukal Syabas ?