Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

221) PENTERNAKAN BABI DI TUMBUK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Sila memberikan fakta-fakta bagaimana ladang pentemakan moden babi di Tumbuk akan memperbaiki pencemaran alam sekitar sekarang

  2. Adakah model pentemakan yang sarna akan diadakan untuk lembu, ayam, itik, kambing dan sebagainya?

222) KEPERLUAN BERAS NEGERI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah jumlah keperluan beras negeri Selangor yang terkini dan anggaran keperluan beras untuk lima tahun yang akan datang?

  2. Berapakah jumlah pengeluaran beras negeri Selangor untuk empat tahun yang lepas dan nilai import beras negeri Selangor untuk empat tahun yang lepas serta senaraikan butir-butirnya. (negara pengeksport, kuantiti beras, nilai dan lain-lain lagi)

  3. Berapakah jumlah keluasan tanah untuk penanaman padi yang terkini dalam negeri Selangor dan apakah perancangan kerajaan Selangor untuk memajukan bidang penanaman padi dan seterusnya mengurangkan kebergantungan negeri Selangor terhadap import beras

223) PENSWASTAAN PAPAN IKLAN DI TEPI JALAN RAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Penswastaan papan iklan di tepi jalan raya merupakan sumber pendapatan bagi negeri dan PBT. Apakah dasar kerajaan dalam penswastaan tersebut dan apakah pecahan pendapatan mengikut syarikat swasta bagi tahun 2000-2007?

  2. Siapakah Lembaga Pengarah yang terdapat pada syarikat-syarikat kontraktor tersebut?

  3. Adakah kerajaan akan kaji semula dasar penswastaan papan iklan dan menggubal semula garis panduan pembinaan papan iklan

224) KEDUDUKAN PROJEK DAN PERBELANJAAN DI MAJLlS PERBANDARAN AMPANG JAYA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan syarikat dan projek yang tender serta harga tender yang ditawarkan oleh MPAJ dari tahun 2004 hingga tahun 2007?

  2. Sila nyatakan jumlah perbelanjaan dan pendapatan dari MPAJ pada tahun 2004 hingga 2007

  3. Sila senaraikan perbelanjaan mengikut belanjawan semenjak tahun 2004 sehingga tahun 2007

226) KONTRAKTOR DAN PERBELANJAAN MENGURUS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan semua kontraktordan kos yang terlibat dalam pengurusan mengikut PBr dari tahun 2004-2007.

  2. Nyatakan syarat-syarat pemilihankontraktorini.

  3. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap kontraktor yang kurang cekap?

227) MASALAH BANJIR KILAT DI KG. BARU SG. BULOH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Sila berikan butiran kajian dan kerja pembaikpulihan yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan Selangor, Pejabat Daerah dan Jabatan Kerja Raya untuk menaiktarafkan sistem perparitan di Kg. Baru Sg. Buloh demi mengelakkan insiden banjir kilat ?

  2. Apakah tindakan ke atas kilang-kilang haram yang telah membina struktur bangunan melampaui lot mereka mengakibatkan laluan parit di kecilkan dan menyebabkan banjir ?

  3. Kenapakah insiden banjir kilat masih berlaku dengan teruk di beberapa tempat rumah penduduk di Kg. Baru Sg. Buloh hingga kini ?

228) DASAR AGENDA 21 DAN PEMBANGUNAN MAMPAN SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah status pelaksanaan dasar tersebut dari segi negeri dan PBT

  2. Berapakah peruntukan yang digunakan setiap tahun sehingga 2007?

  3. Apakah langkah-Iangkah yang diambil untuk mengatasi pembangunan di kawasan yang dikelaskan sebagai kawasan Amat Sensitif Alam sekitar?

229) TAMAN PERTANIAN SHAH ALAM

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Taman Pertanian Shah Alam merupakan tempat pelancongan yang terkenal, tetapi kegiatan pembalakan telah menjejaskan alam semula jadi di sekitar kawasan berkenaan. Adakah Taman Pertanian Shah Alam telah diserah kepada kerajaan Persekutuan Malaysia

  2. Apakah langkah-Iangkah yang telah/akan di ambil untuk memulihkan kawasan tersebut?

  3. Berapa ekar hutan yang telah dibersihkan pada tahun 2004 hingga 2007?