Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

11) PROJEK PEMBANGUNAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis


  1. Mengenai kelulusan pembangunan Exco MTES Bil. 3/2000 bertarikh 26 Januari 2000 secara usaha sama antara MPAJ dengan Tan & Tan Development Berhad dirujuk: Adakah terma-terma dalam Joint Venture Agreement dipatuhi sepenuhnya dan dilaksanakan seperti mana dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos dan keuntungan sebenar projek berbanding dengan kos dan keuntungan seperti yang terkandung dalam perjanjian awal?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah keuntungan yang telah diserahkan kepada MPAJ berdasarkan kepada keuntungan sebenar berbanding dengan keuntungan yang diunjurkan dalam perjanjian?

    Klik jawapan »

12) PERHENTIAN BAS SUNGAI BESAR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan di mana tapak sebenar perhentian bas Sungai Besar yang baru

    Klik jawapan »

  2. Adakah tapak perhentian bas Sungai Besar yang lama milik kerajaan negeri dan kepada siapakah tapak tanah tersebut diserahkan serta berapakah bayaran premium untuk setiap meter persegi?

    Klik jawapan »

  3. Sila huraikan apakah projek yang diluluskan oleh kerajaan di atas tapak perhentian bas tersebut. Berikan butir-butir

    Klik jawapan »

13) KONTROVERSI DANA RM9.9 JUTA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis


  1. Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) telah mengeluarkan RM9.9 juta dana sumbangan awam dan syarikat anak Kerajaan Negeri. Apakah tindakan dan rancangan Kerajaan Negeri untuk mempertahankan atau memperoleh semula dana tersebut demi kepentingan awam?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah dan akta apakah akan digunakan dalam memperoleh semula dana tersebut seterusnya mengheret pelaku pecah amanah ini ke muka pengadilan?

    Klik jawapan »

  3. Siapakah penyumbang dana ini dan senaraikan jumlah sumbangan secara terperinci

    Klik jawapan »

14) PENGUBAHSUAIAN RUMAH KEDIAMAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah kedudukan rumah-rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk membuat pengubahsuaian seperti menambah tingkat bagi rumah teres setingkat menjadikan dua tingkat, namun apabila siap CF gagal diperoleh. Bagaimanakah cara penyelesaiannya

    Klik jawapan »

  2. Mengapa terdapat perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian? Apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan cukai tersebut?

    Klik jawapan »

15) PENYAMBUNGAN TEMPOH PAJAKAN BAGI HAKMILIK

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat aduan diterima dari penduduk kampung baru cina di seluruh Selangor mengenai permohonan penyambungan pajakan bagi hak milik yang telah luput dan proses tersebut masih belum selesai sehingga memakan masa bertahun. Sila nyatakan apakah langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak Pejabat tanah/Daerah terhadap masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah permohonanyang telah dikemukakan, yang sedang diproses dan yang telah diselesaikan

    Klik jawapan »

  3. Berapakah jumlah premium yang dikenakan bagi satu kaki persegi tanah?

    Klik jawapan »

16) PERPUSTAKAAN UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah perpustakaan yang ada di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

  2. Kemudahan apakah yang disediakan di dalam perpustakaan

    Klik jawapan »

  3. Berapakah purata jumlah buku bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil yang tersimpan di setiap perpustakaan

    Klik jawapan »

17) YAYASAN SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis


  1. Apakah aset-aset Yayasan Selangor sehingga kini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyak peruntukan yang diberikan dalam penajaan pendidikan pelajar anak Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan anak yang menerima penajaan ini akan mendapat tempat dan terus berjaya dalam pendidikan?

    Klik jawapan »

18) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PENGURANGAN CUKAI)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Bilakah kerajaan negeri akan turunkan cukai rumah 20% dan cukai premis perniagaan 10%?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha alternatif yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengganti kehilangan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menampung kekangan kewangan PBT?

    Klik jawapan »

19) AGAMA

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Sila berikan penjelasan adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh melantik sesiapa sahaja yang tidak ditauliahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk menyampaikan khutbah Jumaat di masjid-masjid di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Sila senaraikan nama-nama penceramah yang ditauliahkan oleh DYMM Sultan Selangor untuk menyampaikan ceramah agama di masjid dan di surau di Negeri Selango

    Klik jawapan »

  3. Sila jelaskan peraturan-peraturanyang diguna pakai oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi mentauliahkan penceramah-penceramah agama di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

20) KES DENGGI

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Bertulis


  1. Kes denggi semakin meningkat di Selangor. Apakah taburan kes mengikut daerah dan kerajaan tempatan?

  2. Apakah langkah-Iangkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasinya?