Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

17) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional penjualan aset ini berlaku? Adakah PKNS dilanda masalah pengurusan aset dan kewangan sehingga aset yang bernilai perlu dijual?

  2. Adakah kerajaan negeri Selangor memerlukan 'wang segera' hingga aset PKNS itu perlu dijual untuk menghadapi tekanan PRU-13?

33) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramai orangkah yang dapat membeli rumah Mampu Milik sejak ia dilaksanakan?

  2. Berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan Selangor di dalam pembinaan Rumah Mampu Milik?

  3. Adakah kerajaan ingin menambahkan lokasi-lokasi lain supaya skim Rumah Mampu Milik ini dapat diperluaskan?

43) KESIHATAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah pusat dialisis hanya di wujudkan di lima (5) kawasan DUN sahaja , apakah rasional mewujudkan di lima kawasan DUN ini?

  2. Serapakah kos penyelenggaraan bulanan sebuah pusat dialisis seperti ini dan adakah ia berfungsi seperti yang di rancangkan.?

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah kemudahan ini di DUN yang belum diwujudkan pusat dialisis seperti ini.

44) PERUNTUKAN MARRIS (GERAN SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri mengikut daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan?

  2. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga bulan September 2011?

46) PEMANTAUAN DAN PENYELENGGARAAN CERUN-CERUN DAN LERENG-LERENG BUKIT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu MPAJ memantapkan Jabatan Kejuruteraan dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pemantauan dan penyelenggaraan cerun-cerun dan lereng-Iereng bukit dalam jajaran di Ampang bagi mengelak berulangnya kejadian tanah runtuh

50) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak permit yang telah dikeluarkan sehingga 2011?

  2. Berapa kontraktor dan siapakah kontraktor yang telah dilantik di bawah KSSB. Mohon senaraikan.

  3. Terdahulu YAB. Dato' Menteri Besar pernah mengunjurkan hasil kutipan pasir sehingga RM150 juta, kemudian unjuran RM20 juta yang juga tidak tercapai. Berapakah unjuran terbaru yang diletakkan di akhir tahun 2011 hasil kutipan pasir. Adakah penipuan bersiri ini akan diteruskan untuk menipu rakyat?

51) PENGANGGURAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-Iangkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri di dalam menangani masalah pengangguran di negeri Selangor, terutamanya kepada anak negeri.

  2. Adakah kerajaan negeri mempunyai pendekatan, atau mewujudkan peluang pekerjaan atau apa cara yang sewajarnya untuk membendungnya.

52) PENUBUHAN PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah sebenarnya tujuan penubuhan PeBT ini?

  2. Kenapakah program-program PeST banyak menjuruskan kepada program-program yang telah banyak dilaksanakan oleh NGO-NGO yang lain seperti kempen Go Green dan sebagainya?

  3. Adakah PeST tidak langsung terfikir untuk membelanjakan wang sebanyak RM2.8 juta untuk mendekati golongan belia yang bermasalah atau berisiko tinggi dengan membuat program-program pemulihan? Adakah PeST ini dijadikan sekadar untuk mengkaderkan kader demonstrasi jalanan?

56) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Jun 2011 berapakah jumlah nilai pelaburan tempatan dan asing yang telah datang melabur di Negeri Selangor ?

  2. Apakah tiga sektor dan bidang pilihan utama pelabur tempatan dan asing?

  3. Berapakah jumlah nilai sasaran dan jangkaan pelaburan yang akan diterima Selangor tahun 2011?

  4. `

59) PELANCONGAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan untuk membangunkan dan menaiktaraf pantai Batu Laut untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan peranginan?

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan perancangan akan dating untuk menjadikan pertanian dan Industri Kecil dan Sederhana sebagai tarikan "agro tourism" di kawasan Tanjung Sepal.