Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

112) LEMBU BERKELIARAN DI JALAN RAYA SEHINGGA MENGAUT NYAWA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan PBT terhadap perkara ini?

  2. Apakah tindakan PBT itu berkesan?

  3. Jika tidak, kenapa?

116) PELABURAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor bagi tempoh Jan-Sep 2011 secara perbandingan dengan tahun 2009?

  2. Sila nyatakan bagaimanakah prestasi dan kedudukan negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi tempoh Jan-Sep tahun 2011 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?

  3. Sila nyatakan apakah kelebihan dasae kerajaan negeri Selangor yang dapat menarik minat pelabur asing secara konsisten membuat pelaburan ke negeri Selangor?

117) PERMOHONAN PEMBINAAN SEKOLAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah kerajaan negeri telah menerima maklum balas daripada YAB Menteri Pelajaran berhubung permohonan membina sekolah rendah dan sekolah menengah di Bukit Antarabangsa seperti yang terkandung dalam surat YAB Menteri Besar kepada YAB Menteri Pelajaran pada pertengahan tahun 2010.

118) BLUEPRINT KEMISKINAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program yang dirancang oleh kerajaan negeri untuk menangani dan mengatasi masalah kemiskinan di negeri Selangor?

  2. Berapa ramai yang telah terlibat dan diberikan bantuan dalam program-program tersebut dari 2010 sehingga sekarang, harap dapat disenaraikan mengikut program?

  3. Apakah kayu ukur untuk menilai kejayaan program-program yang telah dijalankan.

119) RUMAH PENDUDUK TAMAN PERMATA, DENGKIL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani masalah tersebut?

  2. Adakah perancangan kerajaan negeri untuk membina rumah teres kepada mereka seperti yang dipohon oleh penduduk.

120) CUKAI PINTU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri mengamalkan dasar menaikkan cukai pintu dan tidak turun-turun?

  2. Bilakah kerajaan negeri mahu menurunkan kadar cukai pintu yang dijanjikan?