Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

121) KILANG AYAM DI DESA COALFIELD

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Sudahkah bau busuk yang dihadapi oleh penduduk di perumahan sekitarnya diatasi?

122) KEPERLUAN TEMPAT LETAK KERETA DAN PLOT RATIO

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula garis panduan untuk plot ratio pembangunan komersil/perumahan serta keperluan tempat letak kereta yang perlu disediakan?

  2. Sudahkan kerajaan negeri membuat kajian terperinci mengenai garis panduan yang lama ini dan sama ada ia masih sesuai dilaksanakan memandangkan peningkatan kenderaan dan trafik semasa?

123) PROJEK USAHASAMA PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kesemua projek usahasama yang sedang dijalankan oleh pihak PKNS sejak 3 tahun yang lalu?

  2. Sila perjelaskan apakah perbezaan ketara di antara projek usahasama yang dijalankan oleh PKNS sewaktu kerajaan yang lalu dengan kerajaan sekarang dan nyatakan apakah manfaatnya terhadap PKNS dan kerajaan negeri?

  3. Sila kemukakan projek-projek usahasama yang gagal disiapkan oleh pihak pemaju dan nyatakan apakah tindakan susulan yang dilakukan oleh PKNS terhadap pemaju serta projek tersebut?

124) PEMBANGUNAN KEMUDAHAN SUKAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah cadangan kerajaan untuk mempertingkatkan usaha pembangunan melalui PBT untuk meningkatkan, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan demi manfaat belia-belia Selangor.

125) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Bolehkah Kerajaan Negeri bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan merangka pelan yang lebih bersepadu dan berkesan bagi mengatasi masalah ini daripada kelulusan lesen, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang?

126) TAULIAH PENCERAMAH MASJID ATAU SURAU DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Di manakah pemantauan untuk menangani isu tersebut?

127) PERUNTUKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan negeri kepada setiap DUN dan EXCO kerajaan negeri?

  2. Apakah kaedah atau garis panduan penggunaan peruntukan?

  3. Sila berikan penyata perbelanjaan peruntukan terperinci bagi kawasan Sg. Pelek.

128) ISU MURTAD

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah benar terdapat bilangan orang Islam yang telah Murtad semakin bertambah di negeri Selangor?

  2. Jika benar berapakah bilangan mereka yang telah dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah murtad?

  3. Apakah langkah dan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk menangani gejala Murtad yang berlaku di negeri Selangor?

129) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Sehingga Jun 2011 berapa keseluruhan peruntukkan yang telah dibelanjakan dan dikeluarkan untuk program-program merakyatkan ekonomi Selangor?

  2. Apakah program yang menggunakan dana yang paling tinggi?

  3. Apakah program yang menggunakan dana terendah?

  4. Berapa anggaran rakyat negeri Selangor yang telah memperoleh nikmat program merakyatkan ekonomi Selangor?

  5. Adakah program terbaru Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam tempoh terdekat?

130) STATUS KERJA-KERJA KUTIPAN SAMPAH DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah PBT telah ambil alih kerja-kerja kutipan sampah di Selangor?

  2. Berapakah kos telah dijimat atau ditambah sejak PBT ambil alih kerja-kerja kutipan sampah?