Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

141) ELAUN DAN PERUNTUKAN AHLI MAJLIS PBT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah elaun bulanan dan elaun masyarakat Ahli Majlis PBT?

  2. Berapakah peruntukan aktiviti bagi setiap JPP Zon setiap bulan?

  3. Apakah garis panduan dan kaedah penggunaan aktiviti JPP Zon?

142) SELANGORKU IDAMANKU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah slogan Selangorku ini dilancarkan kerana ketidakyakinan rakyat terhadap program Merakyatkan Ekonomi Selangor?

  2. Adakah penjenamaan ini sekadar retorik?

  3. Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan bendera Selangor untuk menunjukkan kecintaan terhadap negeri Selangor?

143) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Terdapat pandangan bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya seperti PKNS akan merampas balik tanah-tanah di Seksyen 51A dan Seksyen 8 yang sudah mempunyai hak milik untuk pembangunan semula. Apakah penjelasan daripada kerajaan?

  2. Adakah PKNS juga akan menjalankan pembangunan semula di flat PKNS Seksyen 17 dan SS8 berdekatan dengan pasaraya Bintang Jalan SS3/39?

144) PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos keseluruhan yang telah digunakan untuk perpustakaan awam yang baru ini dan sila nyatakan dengan terperinci.

  2. Berapakah jumlah anggaran bilangan orang pengunjung yang telah mengunjungi perpustakaan ini?

145) LESEN TOL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah lesen TOL yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah untuk tahun 2011 bagi DUN Subang Jaya?

  2. Sila berikan butir-butir seperti nama, lokasi, tujuan dan bayaran untuk (a).

146) PROJEK-PROJEK KECIL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah tidak ada pemantauan terhadap kerja-kerja tersebut supaya kontraktor mengikut spesifikasi yang ditetapkan?

  2. Siapakah yang perlu bertanggungjawab sekiranya kerja-kerja yang dilakukan rosak dalam tempoh yang singkat setelah disiapkan?

  3. Apakah tindakan yang diambil terhadap kontraktor terbabit.

147) PERUNTUKAN BAGI MENANGANI KEROSAKAN HARTA AWAM AKIBAT BENCANA ALAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakkah peruntukan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus bagi menangani keadaan kecemasan dan bencana alam di negeri Selangor.

  2. Dalam keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa rakyat seperti yang berlaku di sruau Mustaqqim Selayang Baru, siapakah di PBT diberi kuasa untuk menentukan kadar peruntukan yang boleh dikeluarkan serta-merta untuk membaik kerosakan akibat masalah/bencana alam yang dihadapi.

148) MASALAH SOSIAL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah program yang telah dijalankan oleh kerajaan Negeri?

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh PEMADAM di setiap daerah dalam menangani isu ini?

149) PERBELANJAAN MENGURUS DAN PEMBANGUNAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perbelanjaan Mengurus dan perbelanjaan Pembangunan yang telah dibelanjakan sehingga Jun 2011.

  2. Sila senaraikan projek-projek yang telah dijalankan melalui perbelanjaan pembangunan.

150) MASYARAKAT NELAYAN DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah nelayan dan kampung nelayan di Selangor?

  2. Apakah program untuk bantu masyarakat nelayan?