Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

151) PADAT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah program dan prestasi PADAT dalam usaha mempertingkatkan penghayatan adat Melayu dan warisan Selangor dalam tahun 2011?

  2. Berapakah perbelanjaan yang terlibat dalam program-program tersebut?

152) AGENDA SELANGORKU, PELAN DAN VISI 2011-2012

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah justifikasi kepada keputusan ini?

  2. Apakah ianya tidak menjadi beban implikasi kewangan kepada anak-anak syarikat?

  3. Adakah ianya akan memberi impak ekonomi yang baik secara umum kepada rakyat negeri Selangor terutamanya rakyat yang tidak bermajikan?

153) INDUSTRI KECIL SEDERHANA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah industri kecil sederhana mengikut pecahan PBT dan jenis industri pada tahun 2007-2011.

  2. Apakah insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan perkembangan industri kecil sederhana?

154) KELULUSAN TANAH BAGI KERJA-KERJA NAIKTARAF OLEH SYABAS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Sekiranya berlaku krisis bekalan air, apakah tindakan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut/

155) TAPAK SEKOLAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keping tanah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk kegunaan SJKC, SJKT dan Sekolah Agama?

  2. Kenapa isu tapak Sekolah SJKC Keng Chee di Puchong boleh berlaku sehingga menimbulkan salah faham antara Lembaga Pengurus Sekolah SJKC dan SJKT di kawasan berkenaan?

  3. Tapak sekolah berkenaan sebenarnya dimiliki oleh sekolah mana?

156) MANIFESTO PILIHAN RAYA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Berapa peratuskan janji-janji manifesto Pilihanraya yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah pakatan Pakatan Rakyat sehingga tahun ini?

  2. Nyatakan manifesto-manifesto yang telah dilaksanakan

157) MASALAH KUALITI PADI BENIH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan dengan detail bagaimanakah pihak Jabatan Pertanian memantau dan mengenal pasti padi benih yang diproses itu menepati piawaian dan kualiti seperti yang dikehendaki?

  2. Sila nyatakan apakah permasalahan utama yang menyebabkan kebelakangan ini telah berlaku kekurangan padi benih dan juga padi benih yang berkualiti?

  3. Sila nyatakan apakah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Jabatan Pertanian bagi mengatasi masalah tersebut?

158) SELANGOR SEBAGAI HUB TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah kerajaan mempunyai strategi untuk menarik pelabur-pelabur asing yang berasaskan teknologi hijau sebagai strategi niche demi menjadikan Selangor sebagai peneraju teknologi hijau di Malaysia malahan rantau Asia Tenggara.

159) STATUS PENDAFTARAN SMUE

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Status pendaftaran SMUE. Sila nyatakan mengikut kawasan DUN dan percentage pendaftaran di setiap DUN.

  2. Berapakah jumlah telah dibayar sejak program SMUE telah dilancarkan/

160) PELANCARAN JOM SHOPPING

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan Selangor sejak pelancaran "Jom Shopping"?

  2. Berapa ramai orangkah yang telah menikmati sumbangan "Jom Shopping" ini?

  3. Adakah kerajaan bercadang ingin menambahkan nilai baucar pada masa hadapan?