Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

171) MAIS DAN JAIS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah perbezaan peranan dan tanggungjawab MAIS dan JAIS?

  2. Sila nyatakan kewangan dan hartanah atau pegangan JAIS dan MAIS hingga Jun 2011.

  3. Adakah Ketua Pengarah JAIS terus bertanggungjawab kepada YAB Menteri Besar?

172) PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN ROHANI DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah prestasi dan kejayaan negeri Selangor selama diperintah oleh pakatan rakyat dalam membangunkan pembangunan rohani dalam masyarakat berbagai kaum?

  2. Berapakah jumlah rumah ibadat Islam (masjid dan surau) dan bukan Islam yang berdaftar di negeri Selangor?

  3. Adakah rumah-rumah ibadat ini telah memainkan peranan dalam membantu pembangunan rohani atau moral rakyat Selangor?

173) JALAN PERSEKUTUAN 5

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan membina pembahagi jalan dan lampu jalan dari Kilang Bernas Sekinchan hingga ke Balai Bomba Sekinchan?

  2. Sila nyatakan apakah kekangan kewangan atau elemen birokrasi yang telah menyebabkan kerja-kerja menaiktaraf tersebut terbantut sehingga sekian lama?

  3. Sila nyatakan bilakah kemudahan sistem Digital Timer dapat dipasang di lampu isyarat persimpangan depan Balai Polis Sekinchan?

174) RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kerajaan negeri untuk menyediakan rumah-rumah mampu milik pada harga yang mampu dibeli oleh kumpulan sasaran. Apakah sasaran bagi tahun 2012 dan adakah insentif untuk pemaju yang berminat untuk mencapai sasaran tersebut.

175) KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan aktiviti belia yang sudah dilakukan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor sepanjang tahun dari 2008 hingga 2011 dan nyatakan kos keseluruhan program terlibat mengikut tahun.

176) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Apakah fungsi PKPS?

  2. Berapakah peruntukan modal PKPS?

  3. Apakah bidang-bidang yang berkaitan dengan PKPS yang membawa kepada keuntungan lumayan tersebut?

177) CUKAI TAKSIRAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan rizab tunai setiap PBT sehingga sekarang tanpa mengambil kira deposit-deposit oleh pemaju dan kontraktor-kontraktor.

  2. Berapa banyak cukai taksiran PBT yang diterima setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2010 dan kutipan cukai taksiran PBT sehingga sekarang pada tahun 2011?

  3. Adakah PBT bercadang untuk menurunkan cukai pintu untuk rakyat miskin dan adakah kerajaan negeri bersedia membantu jika terdapat PBT yang tidak mampu untuk berbuat demikian?

179) SISTEM PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan alternatif kerajaan dalam sistem pelupusan sisa pepejal selain "landfill" yang diamalkan sekarang dalam usaha membina sebuah negeri maju dan lestari?

  2. Sistem pelupusan sampah secara RDF (Refuse Derived Fuel) yang diamalkan di MPKj tidak membuktikan ianya boleh diguna pakai. Apakah sistem alternatif yang boleh digunakan untuk menjamin kemampanan dan kos efektif?

  3. Sila nyatakan "roadmap" kerajaan dalam pengurusan sisa pepejal yang berdasarkan teknologi hijau dan pengurusan yang mesra alam.

180) HASIL PASIR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah keuntungan hasil pendapatan pasir negeri sehingga kini?

  2. Adakah sistem pengurusan yang dilakukan sekarang ini benar-benar berkesan atau ada cara yang lebih baik boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri?

  3. Bagaimanakah hasil pendapatan ini dibelanjakan?