Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

191) INDUSTRI TEKNOLOGI HIJAU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan syarikat-syarikat yang melabur di negeri Selangor dalam industri teknologi hijau mengikut pecahan PBT bagi tahun 2007-2011.

  2. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menggalakkan perkembangan industri hijau di Selangor?

192) KEDAI TERBAKAR DI PEKAN BANGI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut


  1. Setakat manakah pertolongan yang dapat diberi terhadap mangsa-mangsa kebakaran ini?

  2. Setakat ini, adakah pihak MPKj dan Pejabat Tanah pernah dirujuk oleh pemilik-pemilik kedai tersebut?

  3. Adakah sebarang halangan bagi pemilik-pemilik mendirikan semula kedai mereka?

193) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan MARRIS yang telah disalurkan oleh kerajaan Persekutuan sejak tahun 2008 dan sila berikan butir-nutir agihan kepada setiap PBT di Selangor mengikut tahun?

  2. Berapakah kilometer jalan-jalan Negeri yang telah dibaikturap berdasarkan pengagihan (a) di atas?

194) PENGUSAHA NURSERI GREEN LANE SG. BULOH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Bilakah pengusaha Nurseri akan dapat TOL?

  2. Apakah peranan Yayasan Selangor dalam isu ini?

195) FOOD SECURITY PROGRAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Adakah usaha kerajaan negeri untuk memberi sumbangan untuk menjayakan Program Jaminan Makanan atau Food Security Program yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah import makanan.

196) KEROSAKAN KEMUDAHAN INFRA DAN TINDAKAN PBT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh MPK untuk memperbaiki infra yang rosak di seluruh daerah kawasan perbandaran Klang.

  2. Apakah bentuk tindakan pencegaham atau perancangan meminimakan kerosakan ini.

  3. Adakah berlaku ketirisan atau penipuan semasa kerja-kerja kontrak ini dijalankan.

197) JOM SHOPPING

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah ramai penduduk telah menyertai program Jom Shopping. Sila terperincikan mengikut DUN.

  2. Adakah Tesco telah menarikan diri dari program tersebut? Sila jelaskan.

  3. Sila nyatakan jumlah perbelanjaan di Tesco, Econsave dan Giant.

198) PROGRAM JOM CARI KERJA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah peluang pekerjaan yang berjaya diisi mengikut pecahan daerah di bawah Program Jom Cari kerja bagi tahun 2008-2011.

  2. Sejauh manakah program ini berjaya menemukan mereka yang mencari kerja dengan kerja-kerja yang ditawarkan.

199) PROMOSI PELANCONGAN DAN PROGRAM “SELANGORKU”

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah cadangan kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan di negeri Selangor serta apakah inisiatif kerajaan untuk mempergiat program "Selangorku".

200) TENDER TERBUKA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Siapakah yang menentukan harga-harga tersebut?

  2. Kenapakah tidak ada pihak yang memantau bagi pihak kerajaan sehingga ada kontraktor yang melaksanakan kerja seolah-olah tidak terikat dengan peraturan (BQ)?