Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

201) KESELAMATAN RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Sejak Pakatan Rakyat memerintah di negeri Selangor, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk keselamatan rakyat?

  2. Adakah kerajaan Selangor menerima kerjasama dari pihak kerajaan pusat/

  3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan Selangor dalam menjaga keselamatan rakyat?

202) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Dalam konteks jangka pendek, mengapa tidak diusahakan sahaja tanaman kontan, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat dan mengatasi masalah pengangguran?

  2. Dalam konteks jangka panjang, mengapa terlalu lambat untuk melaksanakan tanaman seperti kelapa sawit dan getah.

203) RUMAH KOS RENDAH DAN SEDERHANA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: perumahan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah unit rumah kos rendah dan sederhana mengikut pecahan daerah bagi tahun 2008-2011.

  2. Apakah mekanisme yang diwujudkan bagi memastikan bahawa tawaran rumah kos rendah dan sederhana adalah mencukupi bagi menampung keperluan semasa.

204) TAMAN-TAMAN PERMAINAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh kerajaan tempatan bagi membuka taman-taman yang baru di negeri Selangor dan di manakah taman-taman tersebut?

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor bagi menggalakkan lebih ramai para penduduk untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di taman permainan tersebut?

205) ANGGARAN CUKAI TANAH 2011

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah prestasi kutipan hasil tanah sehingga Jun 2011?

  2. Jika kutipan tidak menepati anggaran, berapa banyak dan berapa peratuskah kekurangan tersebut?

  3. Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan kutipan agar menepati anggaran yang ditetapkan?

206) BILIK/KEMUDAHAN PENYUSUAN SUSU IBU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah staf kerajaan negeri telah memohon vuti bersalin 90 hari sejak polisi ini dilaksanakan?

  2. Adakah agensi kerajaan negeri (termasuk PBT) mempunyai bilik/kemudahan penyusuan susu ibu untuk menggalakkan kaum ibu yang bekerja untuk terus menyusu bayi mereka?

  3. Jika ya, sila berikan butir-butir. Jika tidak, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk mewajibkan penyediaan kemudahan ini?

207) PROGRAM MERAKYATKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan setakat ini terhadap semua program MES sejak ianya diperkenalkan?

  2. Berapakah peratus penembusan setiap program MES dan bilangan yang mendapat manfaatnya?

208) GERAI LUAR BANDAR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan Gerai Luar Bandar di kesemua PBT Negeri Selangor?

  2. Sila nyatakan setakat ini, bagaimanalah pencapaian kemajuan oleh para pengusaha Gerai Luar Bandar khususnya di daerah Sabak Bernam?

  3. Sila senaraikan butiran terperinci mengenai para pengusaha Gerai Luar Bandar daerah Sabak Bernam yang gagal menjelaskan tunggakan sewa sejak 10 tahun yang lalu?

209) TANAH-TANAH KERAJAAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan kerajaan terhadap tanah tersebut setelah dirampas (diambil semula) oleh kerajaan/

  2. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap landasan kapal terbang haram di Hulu bernam (Bernam River Airfield)

210) PROJEK PEMBANGUNAN DI DUN TERATAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan semua projek pembangunan di DUN Teratai. Sila nyatakan berapakah tingkat rumah atau kedai dan fasiliti yang disediakan.