Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

211) ANGGARAN CUKAI TANAH 2010

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah sebenar yang telah berjaya dikutip?

  2. Jika kutipan tidak menepati anggaran disemak, berapa banyak dan berapa peratuskah kekurangan tersebut?

  3. Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh kerajaan negeri bagi menentukan agar kutipan sebenar menepati anggaran disemak?

212) KEMUDAHAN MIKRO KREDIT (MIMBAR)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah yang telah berjaya mendapat kemudahan Mikro Kredit Bandar (MIMBAR)? Sila nyatakan bilangan kelulusan sejak ia dilaksanakan mengikut kaum.

  2. Bagaimanakah pihak MIMBAR mengatasi proses permohonan yang lambat?

  3. Apakah jenis bidang perniagaan yang diceburi oleh pemohon ini?

213) PINJAMAN MIKRO DAN SKIMSEL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan dan berapakah jumlah golongan sasar yang telah berjaya menerima skim Mikro kredit dan skimsel?

  2. Berapa peratuskah jumlah kutipan bayaran semula oleh peserta Mikro kredit dan skimsel setakat ini?

  3. Apakah bentuk latihan yang telah diberikan yang boleh membantu peserta ini untuk berjaya?

214) LESEN-LESEN PERNIAGAAN KECIL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah perniagaan kecil yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan tempatan mengikut komposisi kaum bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 di negeri Selangor ini?

  2. Apakah jenis-jenis perniagaan kecil yang diberikan lesen oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

  3. Berapakah jumlah lesen-lesen perniagaan mengikut komposisi kaum bagi gerai-gerai makanan dan gerai-gerai kecil yang lain?

215) KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH DEWAN-DEWAN DAN GELANGGANG

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria/bentuk pengiraan yang dibuat sehingga harga menjadi begitu tinggi?

  2. Siapakah yang memantau agar kerja-kerja siap mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum pembayaran dibuat?

216) PROGRAM MAMMOGRAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Berapakah wanita yang telah menjalani mammogram yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri sejak program ini bermula?

  2. Berapakah kos kepada Kerajaan Negeri untuk program ini setiap tahun?

217) JOM SHOPPING

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah objektif-objektif yang hendak dicapai oleh kerajaan bagi program ini?

  2. Berapa ramaikah sehingga kini menurut DUN warga emas yang telah terlibat dalam program ini?

  3. Di kawasan-kawasan DUN manakah program ini masih belum dijalankan?

218) PROJEK KEBUN KERANG

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan jumlah keluasan kebun kerang dan bilangan nama peserta di Negeri Selangor setakat bulan Jun 2011?

  2. Sila perjelaskan secara detail setakat manakah pencapaian para peserta dalam projek Kebun kerang dalam konteks meningkatkan pendapatan mereka selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan?

  3. Sila nyatakan secara terperinci apakah bentuk insentif dan bantuan yang telah kerajaan salurkan untuk membantu para peserta sejak projek tersebut dilancarkan?

219) KERUNTUHAN MORAL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bilangan tangkapan terhadap orang Islam dan berapakah kes dihadapkan ke mahkamah syariah.

  2. Berapakah jumlah hotel-hotel murah yang berdaftar dan apakah tindakan oleh PBT terhadap pengusaha motel murah tanpa lesen?

220) PROJEK TERBENGKALAI / SAKIT DI DUN TERATAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah projek terbengkalai/sakit di DUN Teratai dan apakah statusnya.