Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

221) RM500 JUTA UNTUK PROGRAM MES

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah program-program yang telah dilaksanakan dan berapakah agihan dana yang dibelanjakan bagi setiap program?q

  2. Daripada manakah sumber dana sebanyak RM500 juta tersebut diperolehi?

  3. Adakah dana RM500 juta ini termasuk pembiayaan pemberian 20 meter padu air percuma setiap bulan kepada rakyat Selangor?

222) PERMOHONAN PERMIT PENIAGA KECIL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah PBT membantu para peniaga kecil dalam permohonan permit mereka?

  2. Adakah PBT mempunyai rancangan supaya setiap permit yang mendapat kelulusan perlulah membuat gerai mengikut spesifikasi PBT supaya gerai-gerai ini akan lebih cantik dan bersih.

223) KADAR KEMATIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kadar kematian di Negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011 dan apakah sebab utama kepada punca kematian tersebut?

  2. Apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor bagi membantu meningkatkan kesihatan dan jangka hayat rakyat pada masa kini?

  3. apakah langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengatasi kadar kematian akibat kes kemalangan jalan raya?

224) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah jenis-jenis hasil di negeri Selangor yang telah berjaya disalurkan kepada rakyat jelata dan berapakah jumlah saluran tersebut?

  2. Berapa ramaikah rakyat yang telah berjaya menikmati hasil di negeri Selangor mengikut komposisi kaum?

  3. Apakah skim-skim yang telah dirancang dan dicadangkan bagi menyalurkan lebih banyak hasil negeri kepada rakyat jelata?

225) DESA LESTARI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah sambutan masyarakat terhadap program Desa Lestari yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor?

  2. Berapa bilangan kampungkah yang berjaya terpilih dan berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini?

226) PENUKARAN STATUS TANAH “LEASEHOLD” KEPADA “FREEHOLD”

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria yang digunapakai untuk permohonan penukaran status tanah daripada 'leasehold' kepada 'freehold'?

  2. Perlukah 100% persetujuan diperolehi oleh semua pemilik rumah sesebuah taman perumahan untuk tujuan (a)?

  3. Bilakah permohonan ini boleh dibuat? Contoh : 10 tahun, 5 tahun atau 3 tahun sebelum tarikh luput?

227) PERUNTUKKAN PEMBAIKI LIFT BAGI PANGSAPURI BERKOS RENDAH 700, PANDAN PERDANA.

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukkan yang diberi oleh kerajaan bagi kerja-kerja pembaikan tersebut?

  2. Adakah penduduk terima atau tolak peruntukkan tersebut? Sila jelaskan.

228) PERMOHONAN PAJAKAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah yang telah memohon memanjangkan pajakkan tanah dan telah berjaya?

  2. Adakah program Premium RM 1,000.00 yang baru dilancarkan ini akan mengurangkan pendapatan kerajaan Selangor?

229) MEMBANTERAS KES JENAYAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor bagi membanteras kes jenayah di kalangan para remaja pada masa kini?

  2. Apakah peratus ataupun kedudukan negeri Selangor dari segi jumlah kadar kes-kes jenayah apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia pada masa kini?

  3. Berapakah jumlah kes-kes jenayah yang melibatkan para pelajar sekolah dan apakah jenis-jenis kes jenayah tersebut mengikut komposisi kaum?

230) TANAH UNTUK SEKOLAH CINA DAN SEKOLAH TAMIL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah bidang tanah telah direzab untuk Sekolah Cina dan Sekolah Tamil di negeri Selangor. Sila nyatakan nama sekolah dan di manakah tanah tersebut?

  2. Berapakah permohonan yang telah diterima untuk tanah sekolah tersebut? Sila sebutkan nama sekolah tersebut.