Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

231) PERATUSAN KADAR KELAHIRAN DAN JUGA KADAR KEMATIAN BAYI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peratus kadar kelahiran dan kematian bagi mengikut komposisi kaum di negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011?

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor untuk mengatasi kadar kematianndi kalangan bayi-nayi yang baru lahir?

232) PANDAFTARAN PERKAHWINAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah pendaftaran perkahwinan mengikut komposisi kaum di dalam negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011?

  2. Adakah kerajaan negeri Selangor menggalakkan perkahwinan campur di antara kaum-kaum dan apakah masalah-masalah yang dihidapi?

  3. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menggalakkan perkahwinan campur di antara pelbagai kaum d Malaysia.

233) BEKALAN AIR DI SELANGOR PADA TAHUN 2014

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Adakah Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2014?

  2. Apakah kapasiti pengeluaran air di kesemua loji air di Selangor dan apakah penggunaan air dalam unit juta liter sehari (JLH)?

  3. Apakah kadar Non Revenue Water (NRW) di Selangor dan adakah ia berada di tahap yang tidak memuaskan? Jika ya, apakah sebab-sebab kepada kadar NRW yang tinggi ini?