Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

43) KESIHATAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah pusat dialisis hanya di wujudkan di lima (5) kawasan DUN sahaja , apakah rasional mewujudkan di lima kawasan DUN ini?

  2. Serapakah kos penyelenggaraan bulanan sebuah pusat dialisis seperti ini dan adakah ia berfungsi seperti yang di rancangkan.?

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah kemudahan ini di DUN yang belum diwujudkan pusat dialisis seperti ini.

44) PERUNTUKAN MARRIS (GERAN SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri mengikut daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan?

  2. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga bulan September 2011?

46) PEMANTAUAN DAN PENYELENGGARAAN CERUN-CERUN DAN LERENG-LERENG BUKIT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu MPAJ memantapkan Jabatan Kejuruteraan dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan pemantauan dan penyelenggaraan cerun-cerun dan lereng-Iereng bukit dalam jajaran di Ampang bagi mengelak berulangnya kejadian tanah runtuh

50) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyak permit yang telah dikeluarkan sehingga 2011?

  2. Berapa kontraktor dan siapakah kontraktor yang telah dilantik di bawah KSSB. Mohon senaraikan.

  3. Terdahulu YAB. Dato' Menteri Besar pernah mengunjurkan hasil kutipan pasir sehingga RM150 juta, kemudian unjuran RM20 juta yang juga tidak tercapai. Berapakah unjuran terbaru yang diletakkan di akhir tahun 2011 hasil kutipan pasir. Adakah penipuan bersiri ini akan diteruskan untuk menipu rakyat?