Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

62) AKTIVITI ANAK SYARIKAT KERAJAAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak syarikat kepunyaan kerajaan Selangor?

  2. Bagaimanakah prestasi yang dicapai sejak 3 tahun lepas?

  3. Apakah status kewangan syarikat ini?

64) PRESTASI ATLET SUKAN MALAYSIA (SUKMA) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh Majlis Sukan Negeri dalam menghadapi SUKMA akan datang.

  2. Berapakah jumlah pingat yang disasarkan pada SUKMA akan datang?

  3. Nyatakan prestasi atlet SUKMA Selangor pada tahun ini?

65) RUMAH TERBENGKALAI ATLAW SDN BHD DI SUNGAI BULOH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memulihkan projek terbengkalai tersebut?

  2. Jika ya, sila nyatakan tindakan yang sudah, sedang atau yang akan diambil bagi memulihkan projek tersebut..

66) HOTEL BAJET

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Apakah syarat-syarat utama yang harus dipatuhi sebelum lesen-Iesen operasi dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

  2. Berapakah bilangan hotel bajet yang beroperasi dan tidak berlesen terdapat di sekitar Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga bulan September 2011?

  3. Apakah tindakan yang telah diambil pihak PBT ke atas hotel-hotel tersebut yang telah beroperasi tanpa lesen?

67) SISTEM PENGKALAN DATA SECARA ONLINE PENGURUSAN PEMILIKAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Apakah status pembangunan sistem pengkalan data secara online berhubung pengurusan pemilikan tanah di negeri Selangor. Bilakah sistem ini boleh dilaksanakan di semua Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh negeri Selangor.