Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

84) SEMAKAN SKIM GAJI DAN BONUS KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Persekutuan telah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 7%-13% dalam pembentangan Bajet 2012, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menaikkan gaji bagi kakitangan kerajaan negeri Selangor?

  2. Adakah kerajaan negeri akan memberikan bonus tambahan kepada kakitangan kerajaan negeri Selangor pada hujung tahun ini?

  3. Adakah kedudukan kewangan kerajaan negeri mengizinkan untuk berbuat demikian?

85) KUTIPAN SAMPAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah benar perkhidmatan kutipan sampah oleh Alam Flora di Negeri Selangor ditamatkan?

  2. Jika benar apakah sebab-sebab utama perkhidmatan tersebut ditamatkan?

  3. Apakah langkah-langkah untuk memastikan perkhidmatan kutipan sampah tidak terjejas?

86) JAIS – TAULIAH UNTUK PENCERAMAH DI MASJID ATAU SURAU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Berapa ramaikah ahli politik yang telah diberi tauliah untuk menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau?

  2. Berapa ramaikah penceramah yang telah diambil tindakan kerana berceramah tanpa tauliah?

87) LAWATAN LUAR NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan kesemua lawatan luar Negara yang telah dilakukan oleh YAB Dato Menteri Besar sejak 3 tahun yang lalu?

  2. Sila senaraikan lawatan kerja rasmi yang dilakukan oleh para Ahli EXCO sepanjang tahun 2010 dan 2011 serta berapakah kos perbelanjaannya?

  3. Sila nyatakan secara terperinci apakah pencapaian dan matlamat lawatan tersebut khususnya terhadap pelaburan dan juga pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor?

88) KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah kutipan zakat negeri Selangor pada tahun 2010. Nyatakan langkah untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan zakat sejajar dengan peranan institusi zakat untuk membasmi kemiskinan.

89) ALAM SEKITAR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Adakah wujud rancangan meluaskan Hari Tanpa Beg Plastik agar program tersebut lebih berkesan?

  2. Adakah Rizab Hutan Simpan bertambah atau berkurang sejak Kerajaan Pakatan Rakyat ambil alih dan berapakah pertambahan / pengurangan tersebut?