Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

91) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah kerajaan negeri perlu membuat syarat kepada program-program MES?

  2. Adakah kerajaan negeri bercadang mahu menggantikan slogan MES kepada "Memilih-Rakyat Ekonomi Selangor" supaya lebih sesuai dengan syarat yang dibuat?

93) ASET PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut


  1. Adakah pendekatan penjualan aset PKNS tersebut adalah strategi baru kerajaan negeri "MERANAPKAN" ekonomi rakyat Selangor dan bukan Merakyatkan Ekonomi Selangor?

  2. Adakah kompleks PKNS yang terlekat di Bangi juga akan turut dijual?

  3. Adakah penjualan aset ini adalah buah fikiran daripada Penasihat Ekonomi Selangor yang dilantik oleh kerajaan negeri?

95) PEMBERIAN HAMPER UNTUK HARI RAYA DAN DEEPAVALI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Berapakah hamper telah diberi untuk hari raya dan Deepavali dan kos untuk setiap hamper? Sila senaraikan mengikut DUN.

96) PERUNTUKAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan Selangor bagi mendirikan kuil, gereja dan tokong bagi 3 tahun yang lepas?

  2. Sejak 3 tahun yang lepas, berapakah jumlah tempat yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan kuil, gereja atau tokong?

98) HOTEL BAJET/KEMPEN ANTI ZINA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan terutama Jabatan Agama Islam?

  2. Apakah Kempen Anti Zina member kesan kalau hanya sekadar kain rentang?

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambah tenaga penguatkuasa memandangkan penguatkuasaan terlalu lemah.

99) MASJID

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut


  1. Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon atau menaiktaraf surau ke Masjid?

100) KEKERAPAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (EXCO) SELANGOR KE LUAR NEGARA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kekerapan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke luar negara.

  2. Sebutkan YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang selalu kerap ke luar negara dan atas urusan apa?