Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

1) PESAWAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sejak dua musim lalu terdapat pengurangan hasil padi yang ketara di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah-masalah berikut: i) Masalah kekurangan air dan siput gondang. ii) Masalah tidak mampu untuk membeli baja dan racun tambahan. iii) Masalah kualiti benih padi yang rendah.

2) TAPAK RIZAB SEKOLAH AGAMA DI FASA 9 BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Baru-baru ini pihak JAIS telah bersetuju menyerahkan semula tapak rizab Sekolah Agama Bandar Tasik Kesuma seluas 3 ekar di Fasa 9 Bandar Tasik Kesuma kepada pemaju sebagai 'Land Swap' untuk mengekalkan tapak tersebut. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini agar tanah seluas 3 ekar tersebut dikekalkan sebagai tapak sekolah agama di Bandar Tasik Kesuma?

  2. Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai rizab tapak sekolah agama untuk satusatu projek pembangunan memandangkan kawasan seperti Bandar Tasik Kesuma dan pembangunan persekitaran adalah merupakan kawasan pembangunan yang begitu pesat serta mempunyai kadar penduduk yang padat?

3) PUSAT PENGUMPULAN PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah bilangan Pusat Pengumpulan Produk IKS di Negeri Selangor?

  2. Berapakah kos perbelanjaan untuk tujuan pembinaan baru dan ubah suai pusat bagi setiap pusat pengumpulan produk IKS?

4) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan di Negeri Selangor semenjak tahun 2008 berdasarkan sektor-sektor pelaburan.

5) BANTUAN EKONOMI NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berkaitan dengan pengumuman YAB Menteri Besar menyediakan peruntukan RM10juta untuk membantu pembangunan ekonomi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Dari manakah sumber peruntukan tersebut dan siapakah yang akan memantau pengagihan peruntukan tersebut.

  2. Apakah ianya merupakan satu pinjaman kepada Kerajaan Negeri terlibat dan apakah kriteria projek atau program bagi mendapatkan peruntukan tersebut?

  3. Berapakah jumlah had peruntukan bagi setiap negeri?

6) YAYASAN BASMI KEMISKINAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah aset baik dalam bentuk tanah ataupun kewangan yang disumbang kepada Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi kini dibekukan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Apakah langkah-Iangkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi memantau dan memastikan bahawa sumbangan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada mana-mana badan kebajikan adalah digunakan secara sebaiknya?

7) BANTUAN SEKOLAH RAKYAT DITERUSKAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah berlaku pertambahan sekolah-sekolah yang membuat permohonan?

  2. Dengan peruntukan yang ada, adakah ia mencukupi?

  3. Berbanding dengan tiga jenis sekolah rakyat (Agama, Cina, Tamil) jenis sekolah manakah yang amat memerlukan bantuan?

8) PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyakkah pelaburan asing di dalam negeri Selangor pada masa kini berbanding tahun 2007.

  2. Jika ada pelaburan asing, ianya berdaya maju dan mampu untuk menyumbang kepada pendapatan negeri?

9) PELABURAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Pelaburan luar merupakan salah satu fokus kerajaan negeri sautu ketika dahulu dalam merancakkan ekonomi negeri. Berapakah jumlah pelaburan dari Timur Tengah di Selangor bagi tahun 2010 dan 2011?

  2. Berapakah nilai pelaburan dari China di negeri Selangor bagi tahun 2010 dan 2011?

10) PERUNTUKAN ADUN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Pada awal tahun 2011, YAB Dato MB mengumumkan Kerajaan Negeri akan memberi Peruntukan RM1juta kepada setiap DUN untuk memperbaiki longkang dan jalan di Selangor. Peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Siapakah yang bertanggungjawab mengurus Peruntukan yang disebut di atas?

  2. Nyatakan dengan terperinci penggunaan peruntukan RM3juta bagi ketiga-tiga DUN dalam Hulu Selangor. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.

  3. Apakah langkah-Iangkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?