Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

101) SKIM PEMILIKAN TANAH KERAJAAN UNTUK TUJUAN BANGUNAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kebenaran telah diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk melaksanakan skim ini?

102) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE BHD (SSIC)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada SSIC?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan olehn SSIC?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh SSIC?

103) PEMBANGUNAN ISLAM DI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapa banyak peruntukan untuk pembangunan Islam di Selangor dan nyatakan butiran terperinci tentang bagaimana peruntukan ini telah digunakan untuk pembangunan Islam termasuk program-program pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan negeri seperti JAIS dan MAIS.

104) KONTRAKTOR KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEMUDAHAN INFRA DI MERU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Banyak peruntukan yang dikeluarkan dalam perbelanjaan mengadakan dan memperbaiki/membaik pulih kemudahan infra sama ada melalui JKR dan MPK. Senaraikan kontraktor yang mendapat kerja-kerja kontrak tersebut di kawasan Meru melalui MPK dan JKR Selangor?

  2. Apakah masalah yang dihadapi oleh kontraktor yang menyebabkan kerja-kerja lambat siap dan tidak memenuhi standard piawaian yang ditetapkan?

105) ELAUN IMAM MASJID NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan Imam di Negeri Selangor dan berapakah elaun bulanan yang diterima?

  2. Sila nyatakan dengan jelas apakah terdapat perbezaan jumlah elaun yang diterima oleh Imam yang berkelulusan Universiti AI-Azhar dengan Universiti tempatan?

  3. Sila nyatakan bilakah Kerajaan Negeri akan menaikkan elaun dan gaji para Imam ke suatu tahap yang lebih munasabah memandangkan kos saraan hidup semakin meningkat?

106) PERTUKARAN PENTADBIRAN UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berlaku kekecohan di UNISEL menyebabkan berlaku pertukaran pentadbiran Presiden dan Naib Canselor dan lain-lain. Apakah masalah yang membawa kepada kekecohan dan pertukaran pentadbiran?

  2. Bagaimanakah prestasi UNISEL kini?

  3. Berikan statistik penambahan pelajar dan pengajar atau sebaliknya sejak 5 tahun yang Iepas?

107) PERUNTUKAN KEPADA SJKT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan semua sekolah SJKT yang telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri dari tahun 2005 hingga 2011 setiap tahun.

108) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada PNSB?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh PNSB?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh PNSB?

109) INDUSTRI PENTERNAKAN BURUNG WALIT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan secara detail apakah potensi dan cabaran industri penternakan burung walit?

  2. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang garis panduan terhadap penternakan burung walit dan bilakah ianya akan diumumkan?

  3. Sila nyatakan apakah benar Kerajaan Negeri berhasrat tidak mengizinkan penternakan burung walit dijalankan di Kawan bendang ? Jika ia,sila nyatakan apakah rasional larangan tersebut?

110) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Perincikan peruntukan yang dikeluarkan untuk setiap program MES.

  2. Berapakah jumlah anak syarikat yang menguruskan program ini?

  3. Berapakah kakitangan keseluruhan yang terlibat dan apakah kadar penembusan setiap program MES?