Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

111) KOS PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi penjelasan bagaimana peruntukan fasa pertama tahun 2011 sebanyak RM2juta telah digunakan untuk menyelenggara kerosakan rumah pangsa kos rendah di Selangor.

  2. Meminta kerajaan menyeranaikan rumah pangsa kos rendah yang telah menerima peruntukan, saiz peruntukan yang diterima serta lokasi-Iokasi rumah pangsa dan bilangan unit yang ada.

112) TAJAAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR TERHADAP PELAJAR DI TIMUR TENGAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sejak 2001 hingga kini, berapakah jumlah pelajar di Timur Tengah yang ditaja oleh LZS?

  2. Apakah bidang-bidang keutamaan yang diberi tajaan?

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan kepada mereka?

113) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: perumahan

Adun: Test

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan jumlah bilangan rumah kos rendah yang telah dibina sejak Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah punca utama dan kekangan -kekangan yang dihadapi oleh para pemaju untuk membina rumah kos rendah seperti yang ditetapkan?

  3. Sila nyatakan apakah bantuan dan tindakan yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pemaju yang ingkar dan melarikan tanggungjawabnya untuk membina rumah kos rendah?

114) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberimilik kepada KDEB?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh KDEB?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh KDEB?

115) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi bilangan anak yang telah berdaftar mengikkut DUN dan jumlah wang yang telah dicarum oleh kerajaan ke dalam tabung ini sehingga sekarang?