Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

21) KUTIPAN HASIL PASIR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah hasil pasir yang dikutip oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd pada tahun 2008-2011?

  2. Berapakah hasil royalti yang diterima oleh Kerajaan Selangor daripada hasil jualan pasir sepanjang 2008-2011 ?

  3. Ke manakah wang royalti tersebut digunakan?

22) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Salah satu elemen utama dalam membantu rakyat miskin di Selangor ialah menyediakan rumah mampu milik dan juga rumah sewa murah. Berapakah jumlah rumah yang dibina oleh kerajaan negeri di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada tahun 2009, 2010 dan 2011?

23) KAWASAN PERKUBURAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Kawasan perkuburan Islam banyak yang telah penuh dan ada yang tidak terurus, Traktor yang digunakan untuk menggali dan menimbus kubur berkeadaan usang. Berikutan penduduk yang semakin ramai maka kawasan baru telah di buka untuk menampung keperluan masa kini dan ada kawasan yang berlembah dan berair. Ini telah menyulitkan dan menggendalakan urusan pengebumian. Apakah peranan PBT dan Majlis Tempatan dalam menangani permasalahan ini.

  2. Disarankan MAIS atau Zakat membantu untuk menyediakan traktor untuk kegunaan pengebumian jenazah menjadi lancar.

24) PERMOHONAN TAPAK PERKUBURAN CINA TG. SEPAT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan terkini bagi perkara di atas?

  2. Bilakah kelulusan dapat diperolehi?

25) HALAL PARK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini Tanah revolusi hijau di Kampung Johan Setia Klang selepas negeri memutuskan membatalkan projek halal park?

  2. Apakah rancangan kerajaan bagi mengata

26) BANJIR KILAT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah rancangan yang akan diambil untuk mengatasi banjir kilat di kawasan pentadbiran MPKj, terutamanya di bandar Kajang dan kawasan 8g Chua?

  2. Berapakah peruntukkan kerajaan negeri yang telah diberi untuk menyelesaikan banjir kilat di kawasan pentadbiran MPKj sejak tahun 2009 hingga sekarang?

  3. Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan banjir kilat di Jalan 8g Chua, yang merupakan jalan utama di kawasan pentadbiran MPKj?

27) PEMBERSIHAN SAMPAH OLEH ALAM FLORA SB

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan kenapa Syarikat Alam Flora yang selama ini berkeras tidak mahu melepaskan kerja-kerja pembersihan sampah tiba-tiba menarik diri secara tuntas pada 15 hari bulan Oktober?

  2. Sila nyatakan apakah terdapat perancangan sulit oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri dalam isu penarikan Syarikat Alam Flora?

  3. Sila nyatakan setakat manakah kemampuan Kerajaan Negeri melalui PBT dapat mengisi kekosongan yang ditinggal oleh syarikat tersebut?

28) HALATUJU GENERASI MUDA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Dalam menentukan halatuju generasi muda selain dari pelajaran dan bersukan, nyatakan apakah perancangan jangka panjang kerajaan ke arah masa depan mereka?

29) BANTUAN KEPADA RAKYAT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan kerajaan negeri dan berapakah jumlah kewangan yang diperuntukkan pada tahun 2009, 2010 dan 2011?

  2. Apakah bentuk bantuan kepada keluarga nelayan dan berapa ramai yang menerimanya?

  3. Berapakah jumlah kewangan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri kepada pelajar miskin pada tahun 2010 dan 2011 ?

30) PERUNTUKAN BAGI MASJID DAN SURAU DI KAWASAN DEWAN NEGERI PELABUHAN KLANG.

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah masjid dan surau yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri Selangor, Pelabuhan Klang.

  2. Senaraikan masjid-masjid tersebut mengikut mukim.