Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

31) TAPAK IBADAT AGAMA BUKAN ISLAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah keping tanah telah diluluskan untuk tujuan di atas?

  2. Hak milik tapak ibadat Agama Bukan Islam itu dimiliki oleh siapa?

32) SKIM TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keseluruhan anak Selangor yang telah mendaftar di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan mekanisme pendaftaran secara automatik.

33) JUMLAH KUTIPAN CUKAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah kutipan cukai pintu rumah kediaman yang dikutip di setiap PST bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 mengikut jenis-jenis kediaman.

34) PROJEK MARRIS DI DUN TERATAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan projek yang dijalankan dengan peruntukkan Marris di DUN Teratai. Sila nyatakan kos untuk setiap projek dan spesifikasinya.

35) RUMAH TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah pendekatan yang diambil bagi menyelesaikan rumah terbengkalai berkenaan?

  2. Setakat ini, berapakah projek rumah terbengkalai yang telah disediakan?

  3. Apakah kriteria-kriteria diutamakan untuk pemulihan?

36) KEMPEN PENERANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Pada Julai 2010, YAS Menteri Sesar mengumumkan peruntukan sebanyak RM 15 juta bagi tujuan penerangan isu-isu membabitkan kerajaan negeri Selangor. Siapakah yang mengetuai organisasi ini, berapakah pegawai yang terbabit dan berapakah tangga gaji mereka?

  2. Sagaimanakah peruntukan RM 15 juta ini diagihkan dan syarikat-syarikat mana yang menerima peruntukan ini?

37) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah warga emas di kawasan Pelabuhan Klang yang menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

  2. Senaraikan jumlah penerima skim tersebut mengikut kaum.

38) PUSAT MESIN KUDA HARAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah pusat mesin kuda haram telah muncul dalam Negeri Selangor pada kebelakangan ini?

  2. Apakah tindakan PBT terhadap kemunculan pusat mesin kuda haram?

39) JUMlAH PERMOHONAN PEMILIKAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah permohonan pemilikan tanah untuk tujuan kediaman oleh rakyat negeri Selangor serta jumlah permohonan yang telah diluluskan. Sila nyatakan perincian menurut daerah.

40) KEMEROSOTAN PENDAFTARAN MAHASISWA BARU DI UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Jumlah mahasiswa baru yang mendaftar di Universiti Selangor pada sesi 2010 dan sesi awal 2011 adalah pada tahap yang membimbangkan. Berapakah jumlah kemasukan mahasiswa baru untuk sesi September 2011 dan apakah alasan kemerosotan pendaftaran pada sesi 2010 dan awal 2011.