Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

51) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Kawasan Selia Tempatan (peST) telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sejauh mana keberkesanan pelaksanaan program melalui PeBT ini kepada belia?

  2. Senaraikan program-program serta jumlah peruntukkan yang telah diberikan kepada PeST ini mengikut kawasan Pihak Serkuasa Tempatan?

52) PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat banyak projek perumahan terbiar / terbengkalai di Negeri Selangor antaranya di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap projek perumahan terbiar / terbengkalai ini ?

  2. Bolehkah dijelaskan apakah status dan kemajuan rumah-rumah tersebut?

  3. Klik jawapan »

53) KOMPAUN MEMBANTERAS PEMBIAKAN NYAMUK

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah kompaun yang telah dikeluarkan serta jumlah denda yang telah dikutip sepanjang tahun 2011 bagi usaha membanteras pembiakan nyamuk aedes.

54) SKIM ANAK MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jumlah yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri di bawah Skim Anak Masuk Universiti bagi tahun 2010 dan dari bulan Januari hingga bulan September 2011. Sila nyatakan jumlah penerima di bawah Skim tersebut.

55) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang proses permohonan tanah lorong 6 hingga lorong 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada awal tahun 2011?

  2. Sila perjelaskan berapakah tempoh masa yang diperlukan oleh PTD dan PTG untuk menyelesaikan segala masalah pewartaan dan teknikal yang berbangkit?

  3. Sila nyatakan bilakah para penduduk Bagan Sekinchan yang telah lebih 50 tahun menduduki tanah tersebut dapat mengemukakan permohonan hak milik kepada PTD?

56) GOLONGAN BELIA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Melalui PeBT (Penggerak Selia Tempatan) tidakkah kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan daripada lima ribu ringgit kepada jumlah yang lebih besar, memandangkan golongan belia merupakan aset penting untuk masa depan. Jika ada, nyatakan berapa?

  2. Jika tidak, nyatakan apakah perancangan-perancangan yang disediakan oleh kerajaan bagi memenuhi keperluan ini (belia aset penting masa depan).

57) TAWAS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) telah menjanjikan RM 1, 500.00 kepada setiap anak yang berdaftar. Adakah bayaran tersebut merupakan jumlah minima atau jumlah tetap?

  2. Apakah akan berlaku sekiranya Tabung ini gagal membayar RM 1,500 kepada setiap anak Selangor yang berdaftar apabila tiba masanya.

  3. Apakah taburan jumlah pelaburan dan bentuk pelaburan yang telah dibuat sehingga kini.

58) TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah dilancarkan pada 2008. Berapa ramai yang telah mendaftar untuk tabung ini?

  2. Berapa peratus yang mendaftar dengan Tawas berbanding jumlah kelahiran di Selangor pada tahun 2009, 2010 dan 2011?

  3. Siapakah yang menguruskan tabung ini?

59) KERJA-KERJA MENCANTAS POKOK DI MPAJ

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila senaraikan semua kerja-kerja mencatas pokok di kawasan MPAJ mengikut DUN dengan kos dan kawasan yang terlibat bagi tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011.

60) KONVENSYEN IDENTITI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Konvensyen di atas diadakan di Subang Jaya pada 11-12 Oktober 2011. Sejauh manakah pentingnya konvensyen tersebut?

  2. Siapakah pakar-pakar yang memberi idea bagi identiti Negeri Selangor?

  3. Apakah intisari identiti Negeri Selangor yang diperoleh dalam konvensyen tersebut?