Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

61) ISU OPERASI SERBUAN OLEH PIHAK JAIS KE ATAS GEREJA DUMC

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah sebab-sebab yang telah diberikan oleh pihak JAIS untuk melakukan serbuan ke atas gereja DUMC? Sila memberikan laporan penuh.

  2. Siapakah yang telah memberikan kebenaran kepada pihak JAIS untuk menjalankan operasi serbuan tersebut?

  3. Apakah keputusan-keputusan atau penemuan-penemuan pihak JAIS, secara teliti, setelah mereka melakukan serbuan tersebut? Sila memberikan laporan penuh.

62) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BHD (BBGC)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada BBGC?

  2. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan jika ada, yang telah diberi milik kepada BBGC?

  3. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh BBGC?

  4. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh BBGC?

63) PROJEK PETALING JAYA ELEVATED CITY

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah perkembangan terbaru projek yang bakal dibangunkan oleh PKNS ini?

  2. Apakah bentuk hartanah akan akan dibangunkan di kawasan ini dan apakah cadangan plot ratio pembangunan ini?

64) PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah kadar peratus buta huruf di Negeri Selangor?

  2. Berapakah jumlah pelajar yang tercicir persekolahan di Negeri Selangor?

  3. Berapakah kadar peratus dan jumlah pencapaian lulus akademik dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun 201O?

65) PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses rundingan tersebut?

  2. Sila nyatakan pihak manakah yang cuba berdolak-dalik dslam proses rundingan tersebut?

  3. Sila senaraikan secara terperinci keseluruhan aset air yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri yang selama ini tidak dikira oleh Kerajaan yang lepas?

66) PROJEK PERUMAHAN TRIUMP CITY

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Projek Perumahan Triump City sudah terbengkalai agak lama menyebabkan MPAJ kerugian besar bagi menampung sewa rumah para pembeli; Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku?

  2. Nyatakan jumlah yang ditanggung oleh MPAJ bagi membayar sewa pembeli-pembeli (pemindahan) dari mula hingga kini.

67) PEMILIHAN KETUA KAMPUNG

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan bersedia untuk mengadakan pemilihan ketua kampung (kg Cina dan Melayu) di seluruh Selangor?

68) SEWA PERUMAHAN PKNS DINAIKKAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Baru-baru ini dikatakan pihak PKNS telah menaikkan harga sewa rumahnya. Berapakah kadar kenaikan sewa oleh PKNS?

  2. Berapakah jumlah unit rumah sewa PKNS?

  3. Mengapakah rumah-rumah PKNS ini tidak terus dijual bukan untuk disewa?

69) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR (GLC)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah elaun serta e aun-elaun lain sekiranya ada bagi sebulan yang diperolehi seorang pengarah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor? Sila senaraikan elaun pengarah mengikut anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Adakah jumlah elaun pengarah serata bagi kesemua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor?

  3. Siapakah yang biasanya menjadi ahli lembaga pengarah untuk anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor? Sila senaraikan nama-nama semua pengarah mengikut anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

70) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada TSSB?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan aleh TSSB?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar aleh TSSB?