Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

71) PERMOHONAN HAKMILIK BERSTRATA UNTUK RUMAH PANGSA KOS RENDAH TAMAN SRI AMAN, PETALING JAVA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah Pejabat Tanah dan GaHan Selangor (PTGS) boleh melanjutkan tempoh bagi melaksanakan proses pindahmilik hakmilik strata untuk rumah pangsa kos rendah Taman Sri Aman, Seksyen 22, Petaling Jaya ini di bawah Seksyen 40A Akta Hakmilik Strata 1985 yang tamat pada 15 Oktober 2011 ?

  2. Apakah proses-proses untuk memohon bagi melanjutkan tempoh ini?

72) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapa peratuskah penolakan permohonan yang dibuat kepada Lembaga Zakat Selangor dan apakah sebab-sebab penolakan tersebut?

  2. Jumlah keluar dari asnaf?

  3. Apakah Program yang dijalankan bagi meningkatkan pendapatan golongan asnaf?

73) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila kemukakan butiran terperinci sehingga setakat ini,berapakah jumlah bilangan warga emas yang telah menyertai Program SMUE mengikut pecahan Dun masing-masing?

  2. Sila kemukakan jumlah bilangan pewaris Ahli SMUE yang telah menerima manfaat setelah Ahli tersebut meninggal dunia sejak iannya dilancarkan?

  3. Sila nyatakan apa perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri bagi memperkasakan SMUE supaya kebajikan para Ahli terus dibela?

74) PERUNTUKAN AHLI DEWAN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkannya?

  2. Mengapakah kerajaan tidak mengambil kira jumlah penduduk berdasarkan kadar kemiskinan dari infrastruktur dalam membuat pengagihan peruntukan DUN?

75) STATUS PROJEK PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah statusnya pada setakat ini?

76) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Setakat ini sejauh mana projek ini dilaksanakan?

  2. Bagaimanakah pemilihan kontraktor dilakukan?

  3. Sejauh manakah peruntukan ini digunakan untuk fJembaikan ~a!an-jalan kampung?

77) KONSULTAN-KONSULTAN MES (RMSB & TAWAS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah skop kerja atau tanggungjawab konsultan-konsultan MES? Sila nyatakan secara terperinci bagi RMSB dan TAWAS

  2. Berapakah bilangan staf dalam RMSB dan TAWAS?

  3. Berapa banyakkah yang dibayarkan kepada RMSB dan TAWAS sebulan sebagai konsultan MES? Sila nyatakan secara terperinci.

78) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada PKPS?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh PKPS?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh PKPS?

79) HASIL PADI

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan negeri memberi butiran terperinci tentang usaha-usaha peningkatan hasil padi yang telah dilaksanakan serta pencapaian-pencapaian yang telah dikecapi sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009.

  2. Adakah benar bahawa kerajaan negeri tidak mendapat kerjasama yang penuh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?

80) KUTIPAN CUKAI TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah kutipan tanah Negeri Selangor tahun 2010?

  2. Apakah tindakan jangka masa pendek dan panjang untuk mengutip tunggakan cukai tanah oleh setiap Pejabat Tanah Daerah?

  3. Berapakah kutipan cukai tanah sepanjang tahun 2010 oleh PTD Klang?