Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

81) JALAN UTAMA PARIT 5 DAN TALIAIR 5

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf jalan utama Parit 5 menuju ke Site A Sekinchan?

  2. Sila nyatakan bilakah kerja-kerja melebarkan jalan tersebut dapat dilaksanakan kerana jalan yang sedia ada sangat sempit?

  3. Sila nyatakan berapakah kos penyelenggaraan tahunan yang disalurkan oleh pihak JKR untuk Jalan tersebut?

82) PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan keuntungan dan kerugian PKNS sejak 2008 hingga kini.

  2. Senaraikan projek-projek yang menguntungkan serta jumlah keuntungan yang diperolehi?

83) PENILAIAN PRESTASI YDP/DATUK BANDAR DAN PENGARAH PBT

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah EXCO yang berkenaan menilai prestasi YDP/Datuk Bandar dan Pengarah di setiap PBT?

  2. Sila sebutkan sistem penilaian dan senaraikan prestasi mereka mengikut PBT.

84) PROGRAM JOM SHOPPING

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Setakat ini, berapakah jumlah warga emas yang mendapat manfaat dari skim ini?

  2. Jumlah RM100 dianggap kecil berbanding dengan jumlah RM2500 yang diperuntukkan kepada warga emas, Tidakkah wajar dinaikkan peruntukan semasa hayat warga emas kepada RM 1OOO?

  3. Tidakkah difikirkan manfaat lain selain Jom Shopping?

85) SKIM-SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah elaun petugas / kerani kawasan DUN akan dinaikkan memandangkan bahawa kerja dan tanggungjawab tambahan adalah diperlukan disebabkan oleh perubahan atau tambahan kepada skim-skim MES? Sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebab.

  2. Mengapakah perubahan-perubahan kepada skim-skim MES tidak dibincangkan dengan semua ADUN sebelum diimplementasikan atau dilaksanakan?

  3. Adakah pihak jawatankuasa MES atau konsultan-konsultan MES akan mengadakan sesi perbincangan atau konsultasi pada masa depan sebelum melaksanakan sebarang perubahan kepada skim-skim MES?

86) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada PKNS?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh PKNS?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh PKNS?

87) HARI TANPA BEG PLASTIK SETIAP HARI SABTU

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah benar bahawa terdapat pasaraya-pasaraya tertentu yang memulihkan pemberian beg plastik pada hari Sabtu?

  2. Apakah langkah-Iangkah berterusan daripada kerajaan negeri untuk mengembangkan kempen ini ke seluruh Selangor?

88) PELABURAN LUAR NEGARA KE SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah nilai pelaburan luar negara yang diterima oleh Selangor sepanjang 2010-2011 ?

  2. Senaraikan nama pelabur berkenaan mengikut sektor pelaburan?

89) MASALAH PADI ANGIN

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila nyatakan apakah kaedah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah padi angin?

  2. Sila huraikan sejauh manakah masalah padi angin ini telah menjejaskan hasil pengeluaran para petani?

  3. Sila nyatakan secara detail apakah keberkesanan padi MR 220 Clean Field 1 terhadap permasalahan padi angin?

90) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Kumpulan SEMESTA ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mengendalikan kerja-kerja perlombongan dan pengambilan pasir dalam konteks Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES); Nyatakan jumlah keuntungan yang diperolehi.

  2. Selain membantu Skim Mesra Usia Emas (SMUE), apakah bantuan-bantuan lain yang disalurkan kepada rakyat. Senaraikan?