Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

91) SEKOLAH AGAMA RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon SRA?

92) MENGHARGAI BAKAT RAKYAT NEGERI SELANGOR

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Adakah sebarang usaha bagi mengenal pasti mereka yang berbakat?

  2. Apakah mekanisme yang digunakan dalam penilaian terhadap mereka?

  3. Apakah insentif yang patut diberi bagi kepentingan negeri?

93) BAYARAN PREMIUM UNTUK MELANJUTKAN PAJAKAN TANAH

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Siapakah yang telah memformulasikan dan melaksanakan formula terkini untuk mengira kadar bagi bayaran premium untuk melanjutkan pajakan tanah dan sejak bila formula ini telah digunakan?

  2. Apakah jawapan pihak kerajaan negeri terhadap perbahasan pihak awam bahawa kadar bagi premium patut diselaraskan pada kadar yang berpatutan, sebagai contoh, RM2.50 untuk satu meter persegi?

  3. Apakah jawapan pihak kerajaan negeri terhadap perbahasan pihak awam bahawa tanah Petaling sepatutnya adalah tanah pertanian dan pemilikan persendirian oleh Petaling Berhad dan seharusnya dijadikan tanah pegangan kekal (freehold)?

94) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA PENDIDIKAN INDUSTRI YS SDN BHD (PIYS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberi milik kepada PIYS?

  2. Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh PIYS?

  3. Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh PIYS?

95) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Terdapat pandangan bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya seperti PKNS akan merampas balik tanah-tanah di Seksyen 51A yang sudah mempunyai hakmilik untuk pembangunan semula. Apakah penjelasan daripada kerajaan?

  2. Adakah PKNS juga akan menjalankan pembangunan semula di flat PKNS Seksyen 17 dan SS8 berdekatan dengan pasaraya Bintang Jalan SS3/39?

96) TUNGGAKAN BAYARAN KONTRAK KERJA ALAM FLORA SDN BHD

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah bayaran tunggakan kepada kontraktor-kontraktor perkhidmatan , pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awan di MPK oleh Alam Flora Sdn Bhd.

  2. Senaraikan nama kontraktor-kontraktor yang berkenaan.

  3. Senaraikan nama kontraktor baru yang akan mengambil alih kontrak perkhidmatan setelah penamatan Alam Flora Sdn Bhd.

97) LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sila berikan butiran terperinci berapakah jumlah kutipan wang zakat Negeri Selangor sejak 5 tahun yang lalu?

  2. Sila nyatakan berapakah gaji bulanan dan elaun-elaun yang diterima oleh CEO serta Timbalan CEO Lembaga Zakat Selangor?

  3. Sila kemukakan butiran terperinci berapakah jumlah perbelanjaan pengurusan LZS termasuk gaji pegawai dan pengurusan pejabat serta berapakah peratuskah yang dibayar kepada asnaf?

98) PENAMBAHBAIKAN PKNS

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Dalam mengendalikan harta PKNS, berapa banyakkah perubahan yang dibuat ke arah penambahbaikan. Senaraikan penambahbaikan tersebut.

99) MASJID

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon atau menaiktaraf surau ke Masjid?

100) PERTAMBAHAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun:

Kategori: Bertulis


  1. Sejak Januari 2011 hingga ke akhir tahun 2011, pertambahan sisa pepejal terus berlaku antara 12 000 hingga 17 000 ton sebulan. Sagaimanakah kaedah yang digunakan untuk melupuskan jumlah sisa pepejal berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang dihadapi?