Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

161) RUMAH PERLINDUNGAN WANITA DAN KANAK-KANAK

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperuntukkan dana kepada rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan rumahtangga atau mangsa dera yang diuruskan oleh pihak NGO.

162) PROGRAM HADIAH MASUK UNIVERSITI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Apakah status program hadiah masuk universiti dari segi jumlah permohonan, jumlah tolakan dan sebab tolakan permohonan?

163) SOP PEMULIHARAAN EMPANGAN KLANG GATE

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Keadaan sungai yang mengalir dari Empangan Klang Gate buat masa ini kelihatan kotor, berlumut, dahan-dahan pokok jatuh ke dalam sungai. Apakah peranan dan SOP setiap pihak yang ditugaskan untuk menguruselia kawasan tersebut?

164) NAIK TARAF MAJLIS PERBANDARAN KLANG KEPADA MAJLIS BANDARAYA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Bilakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Klang kepada taraf Majlis Bandaraya sesuai dengan status Bandar Klang sebuah Bandar DiRaja?

165) RUMAH DAN HARTANAH DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut


  1. Berapa banyakah bilangan rumah dan hartanah komersial yang masih belum terjual dalam Negeri Selangor?

166) KLINIK KESIHATAN DI DUN BANTING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Berapakah banyak peruntukan telah diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaiktaraf dan memperbaiki keadaan infrastruktur Klinik Kesihatan Teluk Datuk dan Jenjarom sejak tahun 2013 hingga sekarang?

167) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah penerima hadiah pengajian IPT di Negeri Selangor dari 2016 sehingga kini?

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah sumbangan melalui skim hadiah pengajian ipt pada masa hadapan?

168) BANDAR WARISAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri akan bercadang untuk mewartakan bangunan di sekitar Jalan Raya Timur, Jalan Stesen Klang sebagai bangunan Warisan?

  2. Jika ya, apakah bantuan Kerajaan Negeri dapat memulihkan struktur bangunan yang uzur dan nyatakan sebab-sebab jika tidak

169) PERUNTUKAN MARRIS DUN MERU DI BAWAH SELIAAN JKR, JPS DAN PEJABAT DAERAH KLANG

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut


  1. Berapakah peruntukan projek MARRIS JKR, JPS dan Pejabat Daerah Klang untuk DUN Meru?

  2. Apakah pecahan kerja-kerja MARRIS di bawah JKR, JPS dan Pejabat Daerah Klang di DUN Meru sejak sepuluh tahun lepas?

170) KISS (KASIH IBU SMART SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah penerima KISS terkini mengikut pecahan DUN?

  2. Apakah kriteria utama untuk penerima KISS ini di kawasan DUN yang mempunyai pemohon yang ramai?