Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

171) KESALAHAN HUTAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kes kesalahan hutan yang telah berjaya dikesan oleh JPNS melibatkan kesalahan pencerobohan hutan dan penebangan pokok secara haram.

172) MASALAH KESESAKAN TRAFIK DI PETALING JAYA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi kesesakan traffic di Petaling Jaya dan apa sasaran penambahbaikan situasi kesesakan ini dalah 3 tahun akan datang?

  2. Bagaimana Kerajaan Negeri mengukur tahap kesesakan traffic demi mengukur kejayaan mengatasinya?

173) BANJIR TAMAN TEMPLER

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah rancangan oleh JPS untuk menyelesaikan masalah banjir di daerah Gombak khasnya di DUN Taman Templer?

  2. Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk menghadapi masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk Taman Templer?

174) KESELAMATAN KAWASAN PERAIRAN DAN PANTAI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga keselamatan kawasan pantai dan perairan negeri yang di dapati sebagai antara lokasi pendaratan warga asing secara haram?

  2. Nyatakan jumlah kes pendaratan warga asing haram di pantai Selangor dari tahun 2017 - 2019 ?

175) TAPAK WARISAN

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan warisan bawah PADAT.

  2. Apakah rancangan untuk tapak warisan yang telah diwartakan?

176) HUTAN SIMPAN SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kawasan hutan yang telah diwartakan sebagai kawasan hutan dalam Negeri Selangor?

  2. Sejauh mana usaha memelihara dan memulihara kawasan hutan di Selangor bagi tahun 2019 ?

177) SEKOLAH

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap keperluan sekolah di Bandar Puncak Alam yang tidak mencukupi?

  2. Adakah kerajaan negeri menyediakan peruntukkan bagi sekolah untuk mengadakan program motivasi peningkatan kecemerlangan keputusan peperiksaan tahunan?

  3. Apakah inisiatif kepada anak yang cemerlang dalam mencapai keputusan peperiksaan?

178) MASALAH BANJIR KILAT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan atau langkah-langkah tertentu oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya?

179) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Berdasarkan Enakmen Kebebasan Maklumat, adakah masih terdapat jenis maklumat yang tidak boleh diakses oleh orang ramai? Berikan contoh

  2. Sebagai wakil rakyat dipilih rakyat, adakah Ahli Dewan Negeri boleh mendapat akses kepada semua maklumat yang mereka perlukan di bawah Kerajaan Tempatan?

180) PENEMPATAN SETINGGAN DAN PEMBANGUNAN KG FAJAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Cadangan pembangunan Kg Fajar telah dikemukakan sejak 2008 lagi. Sehingga kini tiada apa-apa perkembangan. Apakah Kerajaan tidak berminat untuk membangunkan Kg Fajar sebagai penempatan setinggan melalui kaedah call for proposals?