Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

111) PROGRAM AIR PERCUMA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan kos perbelanjaan Kerajaan Negeri yang sebenar mengikut tahun sejak program air percuma dilaksanakan pada tahun 2008.

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengkaji semula perlaksanaan program air percuma? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

112) USAHA PENCEGAHAN DENGGI

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha bersepadu Kerajaan Negeri Êdalam usaha membasmi masalah denggi di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

113) HOTEL BAJET

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2016-2018 mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah tindakan tutup dan saman ke atas hotel bajet dari 2016-2018 mengikut PBT.

    Klik jawapan »

114) KILANG-KILANG HARAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menangani isu kilang-kilang haram di Negeri ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri dapat memberikan statistik pemutihan kilang-kilang haram yang telah berjaya diputihkan dan yang masih belum diputihkan mengikut pecahan kawasan DUN?

    Klik jawapan »

115) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut


  1. Apakah status terkini pembaikan paip air lama di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah status pembaikan paip air lama di 84 "hotspot" terdahulu yang telah dikenalpasti?

    Klik jawapan »

  3. Bilakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula senarai "hotspot"?

    Klik jawapan »

116) PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaiktaraf kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan awam Negeri Selangor bertempat di Tasik Cempaka Seksyen 9 Bandar Baru Bangi agar sepadan dengan status Bangi sebagai sebuah bandar ilmu?

    Klik jawapan »

117) TONG SAMPAH DI LUAR DAN DALAM KAWASAN SELIAAN PBT

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan memperluaskan penyediaan Tong-tong sampah besi di kawasan-kawasan tertentu di luar kawasan seliaan Pihak Berkuasa Tempatan sebagaimana yang ada sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Berapa jumlah kos yang digunakan untuk tujuan tersebut mengikut setiap kerajaan tempatan yang ada di Selangor?

    Klik jawapan »

118) PERUMAHAN SELANGORKU

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kuota rumah Selangorku yang disediakan kepada belia yang berumur 35 tahun kebawah?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan kuota kepada ADUN untuk membantu belia tempatan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah unit rumah Selangorku yang bakal dibina di DUN Jeram?

    Klik jawapan »

119) KAJIAN TEBATAN BANJIR KAMPUNG BATU 9 KEBUN BARU / KAMPUNG SIJANGKANG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri setelah selesai kajian tersebut dilakukan disebabkan masalah banjir dan perpindahan masih kerap berlaku?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menaiktaraf parit, longkang dan jalan raya di kawasan kajian tersebut?

    Klik jawapan »

120) SISA BUANGAN LUAR NEGARA

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut


  1. Apakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor atas import sisa buangan luar negara ke Malaysia?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Selangor akan memberi kebenaran atas import sisa buangan dari luar negara?

    Klik jawapan »

  3. Sub-soalan telah di tolak